Flying Fox

Flying Fox ‘Terpaling Ekstrem’ Boleh Didenda/Dipenjara Tak Lebih RM50 Ribu/20 Tahun!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Susulan dari tersebarnya klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita sedang melakukan aktiviti sukan lasak ‘flying fox’ sambil mendukung seorang anak kecil, Polis Daerah Hulu Selangor telah mengeluarkan kenyataan melalui satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Dalam Siaran Media yang dikeluarkan oleh pihak polis tersebut, dinyatakan bahawa laporan polis berhubung dengan video yang tular tersebut telah pun dibuat.

Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Kubu Baru dan wanita tersebut telah didapati sedang menjalankan aktiviti ‘flying fox’ sambil memegang seorang kanak-kanak kecil secara merbahaya dengan mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Satu kertas siasatan juga telah dibuka dan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 akan dijalankan terhadap individu yang terlibat.

Pihak polis turut meminta masyarakat agar bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular tersebut dan segera tampil membuat aduan di balai polis berhampiran, atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641223.

Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 melibatkan kesalahan pengabaian keselamatan terhadap kanak-kanak yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Flying Fox

Dalam pada itu juga, satu lagi klip video kini turut tersebar di media sosial dan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memaparkan dua orang kanak-kanak sedang mencuba aktiviti ‘flying fox’ yang turut dipercayai berlaku di kawasan yang sama.

Video yang sangat menggerunkan itu menyaksikan seorang kanak-kanak seolah-olah tidak mempunyai pilihan apabila sebelah tangannya dikehendaki memeluk erat seorang lagi kanak-kanak kecil yang tidak memakai topi keselamatan manakala sebelah lagi tangannya dikehendaki memegang kamera.

BACA: Ada Ibu Bapa Bawa Bayi Masuk Pawagam, Doktor Kongsi Kesannya Boleh Datangkan Bahaya

Sumber: Polis Daerah Hulu Selangor