Fly By Night Netflix 3

‘Fly By Night’ Filem Malaysia Terbaik Untuk Tontonan Bulan Merdeka Di Netflix

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari Kemerdekaan merupakan salah satu momen yang membanggakan untuk rakyat Malaysia. Sambil mengenang dan menghargai jasa pejuang-pejuang dahulu untuk membebaskan negara dari menjajah, pada bulan ini jugalah Jalur Gemilang banyak berkibar dengan megah di seluruh kawasan.

Bersempena dengan itu, Netflix telah menambah beberapa filem tempatan dalam ‘Bebas Bersama Netflix’ bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 antaranya ‘Fly By Night’ yang pernah meraih pengiktirafan antarabangsa pada Mac lalu.

Fly By Night Netflix

Dengan tema ngeri jenayah, filem ini berkisarkan mengenai sebuah keluarga yang bekerja sebagai pemandu teksi sambilan dan pencuri (peras ugut penumpang kaya) gengster. Apabila seorang daripada mereka memilih untuk melakukan kerja ‘kotor’ lain di luar pengetahuan adik beradik yang lain, pada ketika itulah konflik berlaku.

Fly By Night Netflix 2

Fly By Night Netflix 1

Pernah ditayangkan di Malaysia pada 11 April lalu, filem ini hanya mampu bertahan di pawagam selama tujuh hari walaupun menerima pengiktirafan di Macau apabila terpilih untuk ditayangkan di International Film Festival & Awards Macao (IFFAM) dan Pesta Filem Asia Jogja-NETPAC.

Dibawah arahan Zahir Omar, filem ini dbarisi pelakon veteran hebat seperti Bront Palarae, Sunny Pang, Jack Tan, Fabian Loo, Eric Chen dan Frederick Lee dengan inspirasi daripada ‘apa yang tersurat belum tentu tersirat’.

Bukan itu sahaja, antara filem lain yang turut bersama dalam ‘Bebas Bersama Netflix‘ ialah Polis Evo I, Polis Evo 2, Till Death: Azalea’s Wrath, Munafik 2, Hantu Kak Limah, Paskal, Pulang, Jagat dan Crossroads: One Two Jaga.

Kalau sudah dibayar, intern perlulah lakukan kerja dengan baik bukan?

Intern Berbayar : PERLU atau TIDAK

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.