
Finland Bakal Perkenal Waktu Kerja Fleksibel 6 Jam Sehari, 4 Hari Seminggu
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, 34 tahun memberitahu beliau akan memperkenalkan waktu kerja fleksibel yang meliputi empat hari seminggu dan enam jam sehari sama seperti yang dilakukan Sweden.
BACA: Microsoft Jepun Buktikan Kerja Empat Hari Seminggu Lebih Produktif
Kata beliau, inisiatif tersebut adalah bagi membolehkan pekerja meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga, orang tersayang, hobi, budaya dan aspek kehidupan yang lain.
Langkah ini dilihat sebagai salah satu pemula kepada kemajuan dunia pekerjaan kerana beliau berpendapat waktu kerja lebih singkat dapat meningkatkan hubungan baik dan produktiviti kerja.
Untuk makluman, waktu kerja di FInland sekarang sama seperti di Malaysia iaitu lapan jam sehari, lima hari seminggu.
Cadangan Sanna disambut baik pelbagai pihak termasuklah daripada pihak Menteri Pendidikan Finland, Li Andersson.
Selepas Sweden, Microsoft Jepun juga memperkenalkan waktu yang sama dan hasilnya produktiviti syarikat dan kerja keduanya mencatatkan lonjakan iaitu Microsoft sebanyak 39.9%.
Sumber: Harian Metro, Daily Mail
Trending now



