Yesterday The Beatles

Filem ‘Yesterday’: Kisah Tentang Dunia Yang Melupakan The Beatles

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda bayangkan anda di berada di suatu tempat dan anda satu-satunya individu yang mengingati sesuatu perkara?

Menggunakan konsep ini, pengarah Danny Boyle (Slumdog Millionaire) dan penulis, Richard Curtis (Four Weddings and a Funeral) mengumumkan akan bersatu dalam menghasilkan semuah komedi musikal yang berkisahkan mengenai satu-satunya ahli muzik, Jack Malik (Himesh Patel) yang mengingati The Beatles pada era 1960-an.

Jack pada awalnya bergelut untuk mencapai impiannya selepas popularitinya semakin merudum mendapat sokongan rakan baiknya dari kecil, Ellie. Namun selepas tersedar daripada kemalangan ngeri bas, Jack terpinga kerana berada dalam dunia lain yang tiada satu orang pun mengenali lagenda muzik yang mencetuskan fenomena global iaitu The Beatles.

Yesterday The Beatles 1

Menamakan naskhah filem kali ini sebagai ‘Yesterday’ yang sama dengan sebuah lagu daripada kumpulan The Beatles; paling banyak dirakamkan dalam sejarah muzik popular dan berjaya memasuki Guinness World Records pada Januari 1986 dengan 1,600 rakaman versi cover.

Walaupun aktif hanya dalam tempoh masa 10 tahun (1960-1970), The Beatles mencipta sejarah sebagai sebuah kumpulan lagenda dalam muzik rock dan pop yang berjaya menjual berjuta-juta rakaman lagu mereka.

Dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Star, The Beatles pada ketika itu mampu berperanan penting dalam masyarakat kerana bukan sahaja berjaya mengubah pandangan orang ramai terhadap muzik tetapi juga dalam kehidupan mereka.

Yesterday The Beatles 3

Dengan dunia media yang semakin luas, industri muzik kini dibanjiri dengan kumpulan artis dan lagenda muzik yang pada suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena dunia semakin dilupakan.

Turut dibintangi oleh Ed Sheeran sebagai watak mentor kepada Jack Malik. Pasti anda nak tonton Ed Sheeran berlakon kan?

Untitled Jack And Ellie Project

Bakal ditayangkan di pawagam 27 Jun ini, tonton dahulu trailer filem ini di pautan di bawah:

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana Yesterday di TGV 1 Utama, 25 Jun 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan mengisi borang di bawah.

Shadows Die Twice.

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.