
Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ Berjaya Tembus Pawagam Jepun
Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2017.
Baru 18 hari ditayangkan di Malaysia, filem Tombiruo yang diadaptasi daripada novel ‘Tombiruo’ karya Ramlee Awang Murshid ini sudah berjaya mengutip lebih RM7 juta dari 117 buah pawagam.
Mendapat sambutan hangat termasuk di Singapura dan Brunei, filem aksi thriller ini telah berjaya menembusi pawagam di Jepun (alih suara) mulai sejak 29 Mac lalu dan masih lagi ditayangkan.
Filem #Tombiruo ( トンビルオ ) ditayangkan di Jepun mulai 29 Mac 2019 https://t.co/CAYyBGi1wg
— FILEMKITA (@FilemKita) April 8, 2019
Apa kata rakyat Jepun yang terkenal dengan budaya Yakuza ini?
“Rakaman aksi dalam pergerakan perlahan (slow motion) sangat menarik. Adakah ianya sesuatu yang normal untuk lelaki Malaysia menguasai seni pertahankan diri? Saya merasa terkejut dengan pertembungan antara dua watak walaupun saya tidak tahu mengapa Ejim dan ayahnya ada di kampung. Saya merasakan jika Ejim ada kebolehan komunikasi yang tinggi, pelbagai masalah boleh diatasi. Saya tertanya-tanya, bagaimana ianya yang sebenarnya.” – Rating 3.5/5
“Walaupun terlalu banyak perkara yang menyerabutkan dan mengecewakan (hubungan dua watak yang kesemuanya diceritakan oleh monolog wanita tua), saya sukakan kesemuanya.” – Rating 3.6/5
“Bagaimana teknik Muay Thai boleh sama taraf dengan Tombiruo? Dalam Muay Thai, kita tidak melihat banyak perkara kecuali daripada aksi Tony Jar yang mana ianya mengagumkan. Adakah selepas ini akan ada sekuel daripada filem ini? Saya tertanya-tanya sama ada ianya akan diterbitkan di Jepun.” – Rating 3.7/5
“Pengalaman menonton yang tidak mampu digambarkan. Terlalu banyak kejutan. Watak lain selain daripada Tombiruo juga agak kuat memainkan peranan. Membunuh adalah salah tapi tiada cara lain untuk mengelakkan kerosakan alam semulajadi.” – Rating 3.7/5
Berdasarkan rating keseluruhan, filem ini mendapat rating bintang 3.2 daripada 5 bintang. Untuk saksikan gazet filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ versi Jepun, anda boleh klik video di bawah:
Trending now



