Kutipan Filem Sangkar 2

Filem ‘Sangkar’ Catat Kutipan RM12 Juta Dalam Tempoh Kurang Sebulan Tayangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem terbaharu arahan Khabir Bhatia, Sangkar sudah mula memasuki pawagam 29 Ogos lalu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM12 juta dalam tempoh kurang sebulan tayangan di pawagam iaitu selama 24 hari.

Kejayaan yang dikongsi oleh Astro Shaw menerusi satu hantaran video di Instagram rasmi syarikat penerbitan tersebut setakat ini sudah mencapai ribuan tontonan.

https://www.instagram.com/p/B2tIVVmn-gQ/

Mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA), filem Sangkar menampilkan barisan pelakon tanah air hebat seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Ray ERA dan Nik Adam Mika.

Masih ditayangkan di pawagam seluruh negara, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura menjadi popular kerana mengetengahkan isu persahabatan, kekeluargaan, agama dan sebagainya yang membuatkan penonton merasa dekat dengan plot penceritaannya.

Kutipan Filem Sangkar 1

Jika anda belum menyaksikan lagi filem hebat arahan Khabir Bhatia ini, jangan lepaskan peluang anda. Sebelum itu, anda bolehlah baca dahulu ulasan filem Sangkar DI SINI dan tonton 20 minit tayangan awal filem di pautan bawah.

Untuk pengetahuan anda, untuk filem tahun ini, filem Sangkar ini berjaya mengalahkan filem Misteri Dilaila (RM9.46 juta) dan menyusuli kejayaan filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (RM27.7 juta) dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (RM25 juta).

Namun, untuk rekod, filem Munafik 2 pada tahun 2018 menduduki carta kutipan filem paling tinggi dengan nilai sebanyak RM37.78 juta diikuti dengan Hantu Kak Limah 3 (2018) RM36 juta dan PASKAL (2018) RM30 juta.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WS6CRgGm-/