Filem Sains Fiksyen ‘Seo Bok’ Lakonan Gong Yoo & Park Bo Gum Mengecewakan 1

Filem Sains Fiksyen ‘Seo Bok’ Lakonan Gong Yoo & Park Bo Gum Mengecewakan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dilakonkan dua pelakon lelaki popular, Gong Yoo dan Pakrk Bo-gum, filem sains fiksyen Seo Bok mencuri perhatian ramai dengan tayangan trailernya yang penuh aksi.

BACA: Berbaloi Atau Tak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’?

Menjadi salah satu filem yang dinantikan untuk tahun 2021, ramai yang memberi ulasan bahawa filem ini kurang memberi impak seperti yang diharapkan penonton.

Filem Sains Fiksyen ‘Seo Bok’ Lakonan Gong Yoo & Park Bo Gum Mengecewakan 2

Mengisahkan mengenai Ki Hun, bekas ejen agensi perisikan yang terlibat dalam misi memindahkan Seo Bok, klon manusia pertama yang dihasilkan daripada projek misteri yang mempunyai kebolehan untuk hidup selamanya.

Namun dalam perjalanan, mereka diserang pihak yang tidak dikenali.

Seo Bok dan Ki Hun berjaya menyelamatkan diri dan terpaksa berada dalam pelarian. Tergesa-gesa mahu menyelesaikan misinya secepat mungkin, Ki Hun diuji Seo Bok yang teruja melihat dunia luar selepas menghabiskan hidupnya sebagai aset uji kaji yang sentiasa berada di makmal.

Filem Sains Fiksyen ‘Seo Bok’ Lakonan Gong Yoo & Park Bo Gum Mengecewakan 3

Biarpun plot cerita Seo Bok agak menarik dengan elemen thriller, namun babak yang bergerak terlampau perlahan menyebabkan klimaks filem agak terlewat untuk sampai kepada penonton.

Membawa penonton untuk berfikir, persoalan utama filem ini adalah berkenaan dengan kematian:

  1. Adakah prinsip keabadian benar-benar seperti yang manusia fikirkan?
  2. Adakah kematian sesuatu yang perlu ditakuti?

Untuk ketahui jawapannya, tonton trailer filem Seo Bok di pautan bawah:

Antara filem dengan genre sains fiksyen yang boleh anda tonton ialah Space Sweeper lakonan Song Jong-Ki, Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin.

Ini merupakan projek pertama Song Joong-ki selepas drama Arthdal Chronicles (2019) yang berdepan dengan banyak kontroversi selepas perceraian beliau dengan pelakon, Song Hye-kyo.