
Filem Parasite Karya ‘Plot Twist’ Teragung Bong Joon-Ho Selepas 10 Tahun Menyepi
Mencatat sejarah kemenangan dalam kategori Palme d’Or di Cannes Film Festival, filem Parasite arahan Bong Joon-Ho mendapat perhatian ramai kerana mempunyai aura yang berbeza daripada filem-filem biasa.
Menampilkan genre black comedy thriller, filem yang dibuat dengan bajet USD11 juta ini merupakan filem pertama Korea yang menerima anugerah tertinggi di Cannes sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1955.
Jika lihat pada ulasan-ulasan yang menonton, rata-ratanya memberikan bintang lebih daripada 8/10 kerana jalan cerita yang tersangatlah plot twist.
Menampilkan barisan lakonan yang mantap, secara konklusinya filem ini berkisarkan mengenai sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ayah (Song Kang Ho), ibu (Jang Hye-Jin) dan dua orang anak mereka, seorang lelaki (Choi Woo-shik) dan perempuan (Park So-dam) yang ‘masuk’ bekerja dengan cara kotor ke dalam sebuah keluarga pasangan kaya, lakonan Lee Sun-kyun dan Cho Yeo-jeong.
Mendapat rating tinggi daripada media luar negara seperti 100% daripada Rotten Tomatoes (laman kumpulan ulasan filem/TV), 8.6/10 daripada IMDb dan 10/10 daripada Movieden, trailer filem ini tidak menggambarkan hatta 10% daripada keseluruhan filem.
Nak tahu kenapa? Anda kena tonton trailer kemudian tonton keseluruhan filem dan lakukan perbandingan.
Jika anda pernah menonton filem arahan Bong Joon-Ho seperti The Host (2006), Mother (2009), Snowpiercer (2013) dan Okja (2017), pasti apabila menonton filem Parasite ini pasti dapat membaca rentak jalan cerita yang sememangnya sudah menjadi trademark beliau.
Boleh dikatakan agak mindblowing, menonton Parasite membuatkan anda adakalanya merasa keliru, sinis, terhibur, geram, sedih malah menyampah dengan perwatakan watak-watak.
Bong Joon-Ho juga terkenal dengan mesej tersirat dalam filem arahannya bukan sahaja menampilkan dinamik kehidupan kelas sosial, malah turut mengkritik perangai sesetengah individu yang suka bermewahan:
“Kenyang dengan makan makanan mewah, namun akhirnya anda akan kembali kelaparan dan tetap miskin.”
Sudah mula ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 15 Ogos lalu, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini.
Secara peribadinya untuk plot twist kami berikan rating 4/5 atas aspek mindblowing, tetapi untuk kesinambungan jalan cerita mungkin lebih rendah daripada di atas.
Pelakon Line Walker 2 datang malaysia.
Nick Cheung , Luois Koo and Francis Ng in Malaysia : LINE WALKER 2
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.