Filem Mulan Terus Diboikot Dan Dikecam Hebat Kerana Tak Sensitif Isu Uighur

Mulan Diboikot isu Uighur

Filem adaptasi daripada animasi popular Disney, Mulan mendapat tentangan hebat daripada masyarakat dunia terutama di negara yang berkaitan apabila mula diboikot dan dikecam.

Ia disebabkan apabila didapati penggambaran dalam filem tersebut dilakukan di Xinjiang, wilayah yang didakwa ditindas kerajaan China – yang mana wilayah terletaknya kem tahanan etnik minoriti Muslim Uighur ditindas.

Ancaman itu muncul selepas pendedahan terhadap kredit akhir filem terbabit yang disiarkan di saluran televisyen Disney+, memaparkan ucapan terima kasih kepada lapan agensi kerajaan di wilayah itu.

Tidak jelas apakah jenis bantuan yang diberi, namun cakap-cakap di media sosial mendakwa terdapat beberapa babak dalam filem itu dirakam di Xinjiang.

Ia sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa biro Keselamatan Awam dan Pelancongan Turpan, sebuah bandar yang mempunyai populasi sekitar 633,400 orang di luar ibu kota Xinjiang, Urumqi.

Mulan Diboikot isu Uighur

“Disney mengucapkan terima kasih kepada empat jabatan propaganda dan sebuah biro keselamatan awam di Xinjiang iaitu wilayah di barat laut China yang menghadapi krisis pencabulan hak asasi manusia terburuk di dunia,” katanya.

Penghargaan terima kasih juga ditujukan kepada jabatan propaganda Parti Komunis China di Xinjiang. Tindakan berkenaan telah menaikkan amarah penonton yang turut mengganggap Hollywood bersedia untuk tunduk kepada China.

Disney dilihat berat sebelah kerana mereka menyokong kuat gerakan hak asasi di barat termasuk MeToo dan Black Lives Matter, tapi dalam masa sama menutup sebelah mata mengenai pelanggaran hak asasi di China.

Filem yang menelan belanja sebanyak AS$200 juta itu mengisahkan seorang pejuang legenda wanita China.

Terdahulu, penduduk Hong Kong, Thailand dan Taiwan mengadakan trend terbaharu, iaitu hashtag #BoycottMulan di media sosial.

Para aktivis di ketiga-tiga tempat telah melancarkan pelbagai kempen dalam talian bagi mengutuk rejim China.

Ini bukanlah kali pertama filem Mulan terkait dengan kontroversi. Pada Ogos tahun lalu, aktivis pro-demokrasi di Hong Kong melancarkan kempen boikot filem tersebut selepas pelakon utamanya, Liu Yifei, menyatakan sokongan kepada pasukan polis di Hong Kong, ketika rakyat negara itu memprotes dasar-dasar baharu yang membolehkan warganegara diekstradisi ke China.

Sumber: BH, Awani