Filem ‘M4M4’ Ketengah Isu Sosial Dalam Genre Seram Thriller

Sudah mula ditayangkan 6 Februari lalu, filem M4M4 daripada penulis skrip Faten Syamimie mendapat respon positif daripada penonton.

Mengetengahkan isu sosial dalam genre seram thriller, plot filem M4M4 dikatakan mampu membuatkan penonton tidak senang duduk.

Filem M4M4

Mengisahkan mengenai kehidupan dua beranak iaitu Alya (Bella Dowanna) dan ibunya, Aini (Nabila Huda) yang menjadi kucar kacir selepas diganggu tiga orang lelaki iaitu Apai (Kodi Rasheed), Luk (Ungku Hariz) dan Remy (Niezam Zaidi) yang terkenal dengan gaya samseng.

Gangguan ini berlangsung sehinggalah membawa kepada kejadian Alya menjadi mangsa rogol mereka bertiga. Menerima tekanan masyararakat, Alya bangun demi ibunya.

Filem M4M4 1

Namun Apai dan rakan-rakannya menjadikan video rakaman kejadian berkenaan sebagai ugutan untuk Alya menuruti permintaan mereka yang akhirnya membawa kepada kematian Alya.

Merupakan filem ke-14 arahan Eyra Rahman, M4M4 yang disebut sebagai MAMA membawa makna ‘Mati Empat Orang Mati Empat Orang’. Dikatakan menyerupai filem Bollywood, MOM (2017), filem M4M4 hanya membawa tema yang sama namun tidak pada jalan cerita.

Walaupun ada beberapa perkara yang dibangkitkan dalam filem ini antaranya mengenai watak dan peranan polis contohnya mereka sekadar melakukan andaian hanya berdasarkan gambar; tiada babak polis ke tempat kejadian atau menyemak rakaman litar tertutup CCTV, filem ini merupakan salah satu filem wajib tonton untuk menyedarkan kita betapa kritikalnya keadaan sosial yang berlaku sekarang.

Filem M4M4 2

Membuka dimensi baru dalam filem tempatan kerana berani membawa mesej yang agak taboo iaiti rogol, beberapa plot twist diselitkan dalam rentetan plot filem yang mudah difahami ini.

Penuh dengan babak air mata, daripada filem ini kita dapat lihat betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan seorang yang bergelar ibu, terutamanya ibu tunggal.

Seelum tonton filem ini di pawagam, apa kata anda tonton dahulu trailer filem M4M4 di pautan bawah:

Dengar apa pula kata Zhaf:

Sumber: Wikipedia, Movie Addict