Filem M For Malaysia

Filem ‘M For Malaysia’ Imbau Kembali Sejarah Peralihan Pentadbiran Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih setahun sudah berlalu dengan perubahan pentadbiran Malaysia. Apa perubahan yang sudah kita kecapi?

Bukan mahu berbicara lanjut tentang itu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September, Filem M For Malaysia bakal ditayangkan secara eksklusif di pawagam terpilih seluruh negara pada 12 hingga 15 September ini.

Filem M For Malaysia merupakan sebuah filem dokumentari mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.

Pada waktu tersebut, Malaysia melakar sejarah dengan tumbangnya kerajaan sebelum ini dan dapat dilihat suara rakyat mampu mengubah nasib negara. Hari yang mengubah masa depan negara itu mendapat komen, debat dan analisis daripada pelbagai pihak.

Filem M For Malaysia

Jadi, filem ini menumpukan dari sudut pandang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan perjuangannya sepanjang kempen PRU 14 dalam menewaskan kerajaan terdahulu. Karya ini memberikan sesuatu yang berbeza dan belum pernah diketahui mengenai perjuangan Tun M dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Filem arahan Dian Lee dan Ineza Roussille ini pernah ditayangkan di CAAM Festival 2019 di San Francisco dan DocEdge Film Festival 2019 di New Zealand. Juga turut menampilkan Datin Paduka Marina Mahathir sebagai Penerbit Eksekutif dan pemenang Oscar, Ruby Yang selaku Penerbit Kreatif.

Filem ini menjanjikan kisah yang berlainan daripada persepsi umum. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ‘M For Malaysia’ untuk menyemak senarai pawagam terpilih di sini.

Tonton dahulu trailer ‘M For Malaysia’.

https://www.facebook.com/mformalaysia/videos/2429763613928170/

Sumber: Gempak

 

Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1ddulXFQ9q/