
Filem Lakonan ‘Uncle Tat’ Yang Pernah Mewarnai Zaman Kanak-Kanak Kita
Filem Lakonan ‘Uncle Tat’ Yang Pernah Mewarnai Zaman Kanak-Kanak Kita
Semalam, dunia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon lagenda Hong Kong, Ng Man Tat yang juga digelar sebagai sidekick Stephen Chow.
Meninggal dunia ketika dalam tidur pada jam 5.16 petang waktu Hong Kong disebabkan sakit kanser hati, Ng Man Tat yang juga dikenali sebagai Uncle Tat ini banyak memenangi anugerah dalam bidang perfileman, antaranya Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik (1991) menerusi wataknya dalam filem A Moment of Romance.
Banyak menghiburkan zaman kanak-kanak kita dengan aksinya yang lucu dan bersahaja, di sini kami senarai lima filem yang paling diingati lakonan mendiang.
1. Shaolin Popey 2: Messy Temple (1994)
Selain daripada sami kembar, Ng Man Tat memainkan peranan penting dalam menjayakan siri filem Shaolin Popey ini.
Membawa watak ‘Big Brother’, filem ini mengisahkan mengenai bagaimana dua orang sami kecil menghalang dua pembunuh upahan daripada memotong tangan master mereka dengan menggunakan kuasa kungfu ajaib.
Membawa watak Tat, Ng merupakan seorang tukang kebun di sekolah yang sukakan seorang gadis buta, lakonan Athena Chu. Untuk memikat gadis pujaannya, Tat akan berpura menjadi seorang lelaki kaya yang selalu membelikannya bunga.
Pada satu hari, Tat dipukul seorang wanita semasa mengejar San (lakonan Steven Hao) kerana mencuri gula-gula daripada seorang bayi. Bermula dari situ, San mula mengekori Tat ke mana sahaja, termasuklah ke tempat kerjanya.
3. Shaolin Soccer (2011)
Tidak dapat dinafikan, Shaolin Soccer mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat Malaysia.
Membawa watak Fung si ‘Kaki Emas’, Ng dalam filem ini merupakan seorang bekas pemain bola sepak yang mengalami kecacatan akibat dibelasah dalam satu pertandingan selepas sengaja kalah susulan dirasuah.
Biarpun selepas 10 tahun berlalu, filem Shaolin Soccer masih lagi ditayangkan di stesyen televisyen Malaysia malah ramai daripada rakyat Malaysia sendiri mengulang tayang filem tersebut dan mengharap agar ia disambung.
BACA: Selepas 15 Tahun, Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle’ Kini Sedang Jalani Penggambaran
Kami pasti, banyak lagi filem lakonan mendiang yang tidak dapat dilupakan oleh anda semua. Oleh itu, apa kata anda kongsikan filem yang mana paling anda ingat selain daripada tiga di atas bersama kami?
Trending now



