Filem Kandungan Dewasa Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia Di Netflix 3

Filem Kandungan Dewasa Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia Di Netflix

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem kandungan dewasa paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia di Netflix.

Platform penstriman video secara dalam talian, Netflix menjadi pilihan penduduk dunia termasuklah Malaysia kerana menyediakan pelbagai hiburan kepada para pengguna.

BACA: Malaysia Negara Ke-4 Di Dunia Paling Banyak Layari Laman Lucah Sepanjang COVID-19, Pertama Di Asia

Namun hiburan di Netflix ini kebanyakannya tidak ditapis melainkan pengguna sendiri memasang setting yang boleh menapis kandungan yang disajikan kepada mereka.

Seorang pengguna Twitter, Effi Saharudin mendedahkan di Malaysia carian popular di platform ini kebanyakan daripada filem yang mempunyai kandungan berunsurkan dewasa.

Filem Kandungan Dewasa Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia Di Netflix 1
Sumber: Effi Saharudin

Berbeza dengan Amerika Syarikat yang terkenal dengan budaya hidup bebas, carian yang popular di negara tersebut adalah filem-filem animasi seperti CocomelonMr Peabody & Sherman dan The Legend of Korra.

Filem Kandungan Dewasa Paling Banyak Dicari Oleh Rakyat Malaysia Di Netflix
Sumber: Effi Saharudin

Sebelum ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dikecam teruk selepas meminta agar segala kandungan yang ditayangkan menerusi platform Netflix ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan di Malaysia.

BACA: Jalin Kerjasama Dengan FINAS, AFlix Pesaing Baharu Netflix Bakal Hidang ‘Hiburan Beretika’

https://www.instagram.com/p/B3CCZf7Dda_/?utm_source=ig_embed

Tindakan Finas ini susulan daripada kebimbangan yang diutarakan oleh ibu bapa yang risau dengan kandungan-kandungan dewasa yang boleh diakses dengan mudah menerusi platform penstriman ini.

Susulan daripada pengumuman Finas, tanda pagar #BoycottAFlix menjadi tular di laman media sosial Twitter. AFlix dikritik kerana menyediakan filem-filem yang disifatkan netizen sebagai kandungan yang dimuat naik terus dari YouTube.

Terdahulu, Netflix pada April lalu dilaporkan telah meraih keuntungan mendadak semasa pandemik COVID-19 dengan penambahan 16 juta pelanggan baharu yang mana ianya merupakan peningkatan sehingga dua kali ganda daripada jumlah yang dijangkakan.