
Filem Hindustan Dan Tamil Kini Dah Jadi Propaganda India Untuk Burukkan Islam
Rasa macam dah tak seronok menonton filem-filem Hindustan dan Tamil sejak akhir-akhir ini.
Kalau dulu-dulu, boleh lagi nak turut sama tiru aksi Bollywood menyanyi dan menari ikut alunan irama lagu sambil berguling-guling atas rumput di taman bunga macam Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.
Tapi sekarang ni, India di bawah pimpinan Perdana Menterinya, Narendra Modi seolah-olah nak jadikan filem-filem Hindustan dan Tamil ni macam propaganda Islamofobia pula.
Misalnya, filem The Kashmir Files yang penuh dengan provokasi dan sentimen anti-Islam serta memberi gambaran berat sebelah terhadap umat Islam dalam konflik yang berlaku di Kashmir.
Singapura turut mengharamkan filem ini kerana dikatakan berpotensi menimbulkan perselisihan, mengganggu perpaduan sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Walaupun Singapura memberikan kelonggaran terhadap filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness kerana isu LGBTQ, tapi nampaknya kalau bab agama memang Singapura sangat tegas. Tahniah, Singapura!
Peminat Doctor Strange di Malaysia juga masih boleh menyaksikan filem itu walaupun Brunei dan negara-negara Arab yang lain tak bagi peluang langsung isu songsang tersebut dipaparkan dalam sesebuah filem walaupun hanya untuk beberapa saat!
BACA: Filem Terbaru Doctor Strange Diharamkan Di Arab Saudi, Mesir, Kuwait Dan Qatar
Dikhabarkan umat Islam di seluruh dunia dan ‘multiverse’ turut kecewa dan bersedih dengan tanggapan stereotaip Muslim yang dipaparkan oleh Bollywood dan juga Hollywood pada masa ini.
Kekecewaan ini turut dilahirkan oleh Sahul HM Al-Rawbari melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:
Semakin hari semakin banyak filem propaganda dari India yang memberikan gambaran yang salah dan buruk terhadap umat Islam. Antara yang terkini adalah FIR, Beast dan The Kashmir Files. Semuanya mempotretkan Muslim sebagai pengganas dan penjenayah.
Di tengah-tengah realiti penganiayaan terhadap Muslim di India, yang dipersalahkan dalam filem adalah Muslim juga. Buruk sungguh Islam dan Muslim dalam pandangan mereka. Kelaziman filem propaganda anti-Islam Amerika kini sudah melarat kepada India, sekutu kuat Amerika juga.
Di negara mana minoriti bukan Muslim ditindas oleh Muslim? Atau negara majoriti Muslim mana yang sering menerbitkan filem propaganda anti agama lain? Atau negara Muslim mana yang mengeluarkan dikri melarang pakaian ciri agama lain?
Nasib umat Islam. Ada pemimpin banyak yang perasuah, penyangak dan penyamun sampai tiada masa nak menjaga kepentingan umat. Pemimpinnya bersenang-lenang sedang rakyatnya hidup bergelandang.
Kalau kita sendiri tidak menjaga dan menghormati sesama kita, siapa lagi yang peduli?!
#shmkritiksosial
-Sahul HM-
Sumber: Facebook Sahul HM Al-Rawbari
Trending now



