Filem Do You Love Me As I Love You 1

Filem ‘Do You Love Me As I Love You’ Bawa Kisah Peritnya Menahan Rasa Sebagai ‘Crush’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Do You Lobe Me As I Love You yang diadaptasi daripada prosa penulis terkenal, Zanyi (2013), filem Taiwan Do You Love Me As I Love You mengisahkan mengenai kisah percintaan romantis menerusi pemerhatian heroin dalam melihat cinta generasi berbeza di sekelilingnya.

Juga dikenali dengan tajuk Can You Just Like Me Too?, buku prosa ini menduduki carta best selling di kedai-kedai buku utama di Taiwan.

Filem Do You Love Me As I Love You

Bakal dibarisi pelakon berbakat Chen Ye, Cao Youning, Lin Yingwei, Yang Jinhua dan Huang Jianwei, dengan genre romantik komedi ini akan berada di pawagam sempena dengan sambutan Hari White Valentine pada 10 September ini.

BACA: Ulasan Filem: Friendzone

Sesuai untuk anda yang sedang menyukai seseorang dalam diam, tonton trailer Do You Love Me As I Love You dari RAM Entertainment di pautan bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=oA9sSLd4znM&feature=youtu.be

Untuk pengetahuan anda, RAM Entertainment merupakan sebuah syarikat pengedar filem yang komited membawa pelbagai jenis filem untuk pembangunan industri di Malaysia.

Jika anda seorang up-to-date dengan filem-filem yang ditayangkan di pawagam, pasti anda tahu tentang romantik komedi Thailand yang bertajuk Friendzone.

Mengisahkan tentang Seorang lelaki, Palm yang tersekat dalam dilema akibat di friendzone oleh kawan baiknya, Gink selama 10 tahun.

Palm yang suka pada Gink sejak sekolah rendah pernah cuba untuk meluahkan perasaannya, namun ditolak dengan alasan menjadi kawan adalah lebih baik daripada sepasang kekasih.

Setiap kali Palm berpisah dengan kekasihnya, Gink tidak pernah ambil peduli. Namun tidak pada Palm. Setiap kali Gink bergaduh atau berpisah dengan kekasihnya, Palm sentiasa ada dengannya walaupun ketika itu Gink berada di luar negara!

Dengan kapsyen ‘kawan baik tunggu di sini, jangan melintasi garisan walau sedekat apa pun!’ menjadikan filem ini filem wajib tonton untuk mereka yang sering di friendzone.