Filem Crawl

Filem ‘Crawl’ Papar Aksi Thriller Penuh Debaran, Manusia vs Buaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda sukakan filem aksi yang memaparkan pertarungan antara manusia dan haiwan ganas, ‘Crawl’ adalah filem wajib untuk dimasukkan di dalam senarai pilihan tontonan anda.

BACA: Tonton Trailer Filem Seram ‘Crawl’ 2019, Bakal Tayang Di Pawagam Ogos Ini

Memaparkan aksi-aksi pertarungan manusia dan buaya, ‘Crawl’ memaparkan kisah Haley (Kaya Scodelario) yang mengabaikan perintah pihak berkuasa untuk berpindah semasa ribut taufan melanda kampung halamannya semata-mata untuk mencari ayahnya (Barry Pepper).

Beliau yang terpaksa merangkak di kawasan sempit berdepan dengan detik cemas apabila mereka terperangkap dalam kawasan tembok penahan air yang sempit.

Crawl

Paparan aksi-aksi yang cemas dan mendebarkan dalam filem arahan pengarah ‘The Hills Have Eyes’, Aleceandre Aja dan gabungan terbitan Craig Flores (300), Sam Raimi (Don’t Breathe, Evil Dead) dan Aleceandre Aja pasti membuatkan anda tak senang duduk.

Dengan tagline, ‘IF THE STORM DOESN’T GET YOU, THEY WILL’, jangan lupa untuk saksikan filem aksi thriller ini di pawagam berdekatan bermula 11 Julai. Sebelum itu, tonton dahulu trailer di pautan bawah:

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana CRAWL di TGV 1 Utama, 10 Julai 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan mengisi borang di bawah.