Calon Oscar Promising Young Woman

Filem Calon Oscars ‘Promising Young Woman’, Angkat Kisah Derita Yang Dialami Wanita

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak banyak filem yang mengangkat nilai seorang wanita lebih-lebih lagi hidup dalam dunia moden. Selalunya, kita dipopularkan dengan kisah wanita yang ada unsur-unsur keperwiraan dalam filem.

Dikategori sebagai filem thriller komedi gelap, Promising Young Woman mengisahkan tentang seorang wanita bernanama Cassandra Thomas atau Cassie yang dibintangi Carey Mulligan yang ingin membalas dengan atas kematian rakan baiknya yang menjadi mangsa rogol.

Semua orang mengatakan Cassie adalah ‘promising young woman’ sehingga satu peristiwa misteri tiba-tiba merosakkan masa depannya. Cassie kemudian berubah – daripada seorang pelajar perubatan pintar, dia menjadi seorang licik dan nakal, berbeza dengan kehidupan sebelumnya ini.

Calon Oscar Promising Young Woman

Namun, satu pertemuan yang tidak dijangka telah memberi peluang kepada Cassie untuk memperbaiki kesilapan masa lalunya.

Promising Young Woman adalah naskhah pertama Emerald Fennell yang diinsipirasi melalui kisah-kisah golongan wanita yang terkait dengan kekerasan seksual yang mereka alami.

Fennell mahu mengetengahkan budaya yang mana banyak perkara cenderung berpihak kepada lelaki berbanding wanita tanpa memahami penderitaan yang dialami wanita.

Calon Oscar Promising Young Woman

Promising Young Woman dibintangi juga oleh Laverne Cox, Bo Burnham bersama Alison Brie, Connie Britton, Jennifer Coolidge, Max Greenfield, Christopher Mintz-Plasse, Chris Lowell, Sam Richardson, Molly Shannon, dan Clancy Brown.

Untuk pengetahuan semua, Promising Young Woman telah disenaraikan dalam lima pencalonan Oscars 2021 bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 15 April 2021, tonton trailer Promising Young Woman di bawah ini.

Kami ada 16 pasang tiket untuk anda tonton tayangan perdana filem PROMISING YOUNG WOMAN untuk anda tahu kesudahannya.
Untuk menang, ikuti langkah mudah di bawah.
1. Tag seorang rakan anda di bahagian komen Facebook post artikel ini.
2. Isi butiran anda dalam borang di bawah https://bit.ly/3utlB6N dan share posting ini dengan menggunakan hashtag #MYPromisingYoungWoman
3. Pastikan posting anda dalam tetapan ‘Public’
4. Join group ODISINATION di sini: https://www.facebook.com/groups/odisination/
Pemenang akan dihubungi melalui emel atau WhatsApp. Semoga berjaya!
Nantikan PROMISING YOUNG WOMAN di pawagam 15 April ini!