
Filem Animasi ‘The Addams Family’ Hasil Adaptasi Komik Popular Tahun 30-an
Bakal hadir di pawagam anda akhir Oktober ini, filem animasi The Addams Family merupakan antara filem yang dinantikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak serta mereka yang mahu berhibur dengan filem bergenre santai.
BACA: Tonton Trailer Filem Animasi ‘The Addams Family’
Mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang aneh berpindah dari rumah lama mereka ke New Jersey, filem animasi seram komedi ini ditayangkan bagi meraikan Halloween dan Octoberfest.
Tapi tahukah anda, filem ini sebenarnya merupakan filem reboot dan merupakan adaptasi dari komik popular zaman 30-an?
Dilukis oleh kartunis Charles Addam pada 1938, komik ini merupakan komik satira yang diterbitkan dalam majalah The New Yorker. Pada asalnya, komik ini menceritakan mengenai sebuah keluarga Amerika yang kaya dan langsung tidak mengambil peduli mengenai pandangan serong masyarakat kerana menjalani kehidupan yang bertentangan dengan gaya hidup keluarga Amerika lain.
Daripada komik ini, sudah beberapa adaptasi dilakukan iaitu lima filem, satu filem pendek, empat siri televisyen, dua filem istimewa televisyen, satu pentas muzikal dan lima jenis permainan video.
Filem:
1. The Addams Family (1991)
2. Addams Family Values (1993)
3. Addams Family Reunion (1998)
4. The Addams Family (2019)
5. The Addams Family 2 (2021)
Filem pendek: The Addams Family Fun-House (1973)
Siri televisyen:
1. The Addams Family (1964–1966)
2. The Addams Family (1973)
3. The Addams Family (1992–1993)
4. The New Addams Family (1998–1999)
Istimewa televisyen:
1. The New Scooby-Doo Movies (1972)
2. Halloween with the New Addams Family (1977)
Muzikal: The Addams Family (2010)
Permainan video:
1. Fester’s Quest
2. The Addams Family
3. The Addams Family: Pugsley’s Scavenger Hunt
4. Addams Family Values
5. The New Addams Family
Pernah tercalon untuk anugerah-anugerah besar seperti Academy Awards, BAFTA Awards, Hugo Awards, Saturn Award dan American Comedy Award, watak-watak dalam semua siri berjaya memberikan impak dan inspirasi kepada masyarakat mengenai fesyen serta sub-budaya gotik.
Sebelum tonton filem animasi The Addams Family 31 Oktober ini, apa kata tonton dahulu bagaimana Addams Family terbentuk.
https://www.facebook.com/1526212194178658/posts/1710893215710554/
Sumber: Dans Media Digest
Berani ke tidak tengok sampai habis?
Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



