
Filem Aksi Komedi Thriller ‘Red Notice’ Antara Yang Dinanti Untuk Tahun 2021
Memulakan karier sebagai ahli sukan bola sepak sebelum bertukar ke ahli gusti profesional, Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock merupakan salah satu pelakon yang diminati ramai.
Bakal hadir dengan filem bergenre aksi komedi thriller, Red Notice pada tahun 2021, Dwayne Johnson akan membawa watak sebagai seorang agen INTERPOL yang ditugaskan untuk menjejaski penjenayah seni (lakonan Gal Gadot) yang paling dikehendaki di dunia.
BACA: Berbaloi Atau Tak Habiskan 2 Jam 29 Minit Tonton ‘The Last Days Of American Crime’?
Keadaan ini disulitkan lagi dengan adanya penipu (con-man) lakonan Ryan Reynolds.
Diarahkan dan ditulis oleh Rawson Marshall Thurber, filem Red Notice juga menampilkan Ryan Reynolds dan Gal Gadot dalam barisan pelakon utama.
Untuk pengetahuan anda, Netflix mendapatkan hak untuk mengedarkan filem ini sejak Julai 2019 lagi dan ini merupakan kolaborasi ketiga antara Dwayne Johnson dan Thurber selepas Central Intelligence (2016) dan Skyscraper (2018).
https://www.instagram.com/p/CJ9CZQ4Dd7j/
Trending now



