Filem Aksi Jenayah Sepanyol ‘Xtreme’ Menarik Untuk Ditonton

Filem Aksi Jenayah Sepanyol ‘Xtreme’ Antara Yang Menarik Ditonton

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, filem aksi dari Sepanyol, Xtreme sudah pun ditayangkan di platform penstriman dalam talian, Netflix.

Diarahkan oleh Daniel Benmayor, ditulis oleh Teo Garcia, Ivan Ledesma dan Genaro Rodriguez, filem ini dibintangi oleh Oscar Jaenada, Sergio Peris-Mencheta dan Oscar Casas menarik untuk ditonton anda yang berminat dengan filem aksi ngeri.

Filem Aksi Jenayah Sepanyol ‘Xtreme’ Menarik Untuk Ditonton 2

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pembunuh upahan, Lucero yang kembali membalas dendam selepas dua tahun dari peristiwa ayah dan anaknya dibunuh saudaranya sendiri.

Biarpun aksinya kelihatan sangat menarik untuk mereka yang gemarkan genre sebegini, namun rating yang diberikan Rotten Tomatoes hanyalah 59% dan IMDb sebanyak 5.8/10.

Mungkin kerana plotnya yang terlampau simple malah aksinya agak kurang kemas menyebabkan filem ini diberikan rating sebegini.

Untuk ketahui sebabnya, tontonlah dahulu filem dengan durasi kurang sembilan minit untuk mencapai dua jam ini di Netflix.

Selain daripada filem ini, ada satu lagi filem bergenre aksi yang menarik untuk anda tonton iaitu The Beast.

The Beast atau La Belva merupakan sebuah filem aksi Itali yang menampilkan Fabrizio Gifuni sebagai watak utamanya, Leonida Riva.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang veteran kumpulan Special Forces yang sedang bertarung dengan trauma masa lalu semasa dalam misi lampaunya yang mengorbankan kesemua ahli pasukannya.

Tiga tahun bergantung kepada ubatan, Riva terpaksa menjauhkan diri daripada keluarganya kerana keadaannya semakin buruk. Sehinggakan doktornya sendiri memberitahu Riva:

“Saya boleh beri anda ubat sehingga anda lupakan nama anda. Atau kita boleh cuba cara lain.”

Tidak sempat memberikan jawapan, Riva menerima berita anak perempuan bongsunya diculik. Melihatkan tindakan daripada pihak polis agak lambat, Riva akhirnya mengambil inisiatif untuk menjejak anaknya sendiri menggunakan segala yang dia tahu.

BACA: Filem Aksi Itali ‘The Beast’: Tonton Atau Tinggal?