Filem Adiwira Perancis ‘How I Became A Superhero’ Gagal & Mengarut

Review Filem Adiwira Perancis ‘How I Became A Superhero’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cubaan pengarah filem Perancis, How I Became A Superhero menggunakan konsep adiwira nampaknya boleh dikatakan sebagai gagal.

BACA: Lupakan Pawagam Pandu Lalu, Perancis Kini Perkenal Tonton Wayang Dari Atas Bot

Plot bermula dengan kekecohan yang berlaku di Paris selepas satu kejadian kebakaran berlaku di sebuah kelab malam.

Antara pihak polis yang terlibat dalam menyiasat kes ini ialah Gary Moreau (lakonan Pio Marmai) yang menemui ada keganjilan yang berlaku.

Filem Adiwira Perancis ‘How I Became A Superhero’ Gagal & Mengarut 1

Tidak lama kemudian, satu lagi kejadian kebakaran berlaku. Kali ini lokasinya di sekolah.

Hasil daripada siasatan, Gary mendapati kejadian ini berpunca daripada penjualan serum ajaib yang diambil daripada manusia super dan membolehkan seseorang yang menggunakannya akan mendapat kuasa.

Filem Adiwira Perancis ‘How I Became A Superhero’ Gagal & Mengarut 2

Diarahkan oleh Douglas Attal, filem How I Became A Superhero ini teruk dikritik penonton dan hanya berjaya meraih rating 38% dari Rotten Tomatoes, 3/5 daripada Common Sense Media dan 5.9/10 daripada IMDb.

Nak tahu kenapa rating yang diberikan adalah sedemikian, anda kena tonton sendiri filem ini di Netflix.

Sebelum itu, apa kata tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah:

Tahukah anda dalam permainan video Marvel Future Fight ada watak adiwira Malaysia iaitu ‘Sun Bird’ atau dalam Bahasa Melayunya digelar sebagai burung matahari atau burung jentayu.

Berita ini pastinya telah mengujakan ramai pihak.

Tampil bersama tiga lagi adiwira lain yang digelar sebagai Avengers Asia atau Warriors Of The Sky, burung jentayu merupakan haiwan mitos yang diinspirasikan daripada Hikayat Merong Mahawangsa merupakan seorang lanun Malaysia dari zaman sekitar 1600 yang telah dilahirkan semula berlawan dengan menggunakan dua bilah keris (Sundang) dan memiliki ilmu penyembuhan.

Baca lanjut di: Kenali ‘Sun Bird’, Adiwira Pertama Malaysia Dalam Permainan Video Marvel Future Fight