Filem 1917 Bawa Penonton Rasai Debaran Sebenar Situasi Perang

Pembukaan tahun 2020 bakal disajikan dengan filem perang epik daripada Universal Pictures dan Dreamworks yang berjudul ‘1917’ garapan seorang pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar, Sam Mendes.

1917 memaparkan kisah dua orang perajurit Inggeris, Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) diberi tugasan untuk melaksanan satu misi mustahil. Mereka berdua perlu memasuki kawasan musuh demi menyampaikan mesej untuk menghentikan serangan maut terhadap beribu askar.

Menariknya tentang pembikinan filem ini, ia diinspirasi dari sebuah kisah yang diceritakan datuk Mendes – seorang novelis, Alfred Mendes ketika zaman kanak-kanaknya tentang ‘penghantar utusan yang membawa mesej dalam perang’. Alfred Mendes pernah menulis kisahnya ketika bertugas sebagai askar dalam sebuah misi berbahaya.

Bukan itu sahaja, filem 1917 yang berlatarbelakangkan era Perang Dunia Pertama ini dihasilkan melalui teknik ‘single continuous shot’ iaitu penggambaraan dibuat dengan menggunakan satu kamera tanpa ‘cut’ (secara terus menerus).

filem 1917 Perang
Sumber: Janks Reviews

Menurut Sam Mendes, beliau mahu menggunakan teknik ini kerana ingin penonton merasai debaran bersama situasi sebenar (real time) cabaran yang dihadapi para pelakon ketika penggambaraan filem ini dibuat. Bayangkan bagaimana mereka menjalankan penggambaraan selama dua jam tanpa henti untuk menjayakan filem ini!

Mereka turut perlu mengejar masa seperti keadaan cuaca untuk menghasilkan suntingan yang tepat. Pastinya, ia banyak melibatkan pelbagai pihak untuk menjayakan sesuatu babak.

Katanya, filem ini dihasilkan bertujuan untuk memperingati sejarah bermulanya Perang Dunia Pertama yang mana ia adalah permulaan kepada perang moden.

“Kita sekarang hidup pada zaman yang mana tidak ada yang hidup dan selamat dari Perang Dunia I. Saya rasa pada satu peringkat ia menjadi kewajipan, tetapi saya tidak akan mengatakan bahawa saya membuatnya pengajaran untuk penonton, lebih kepada pengalaman,” jelasnya.

Film ini juga dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Mark Strong, Richard Madden, Colin Firth, Andrew Scott (Sherlock), Daniel Mays (Rogue One), Adrian Scarborough (Christopher Robin), Jamie Parker (Harry Potter dan Cursed Child), Nabhaan Rizwan (Informer) dan Claire Duburcq.

filem 1917 Perang

Tonton di sebalik tabir mengenai teknik ‘single continuous shot’ filem 1917 di sini. Bakal menemui anda di pawagam pada 16 Januari 2020.