
FIFA World Cup 2022: Islamophobia Melampau Masyarakat Dunia Jelas Terbukti Di Qatar
Acara pembukaan tirai secara rasmi bagi kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt, Qatar pada hari Ahad yang lalu.
Namun, media Barat nampaknya seolah-olah masih ingin mencemarkan imej Qatar selaku tuan rumah temasya bola sepak terbesar tersebut dengan sengaja mewujudkan prasangka, diskriminasi dan kontroversi terhadap negara Islam itu.
Dalam isu larangan penjualan minuman arak di stadium misalnya, dilihat masih lagi wujud usaha beberapa pihak tertentu yang ingin membuli Qatar walaupun peraturan ini jelas turut dilaksanakan di negara-negara Eropah.
Kesal dengan kejadian untuk menyemarakkan lagi api Islamophobia di kalangan masyarakat dunia ketika ini, peguam Lukman Sheriff telah membuat hantaran pendek di Facebooknya berikut untuk dijadikan renungan buat semua umat Islam di Malaysia.
Islamophobia melampau
Teruk betul media Barat. Qatar melarang penjualan minuman arak di stadium. Pelbagai tekanan ke atas Qatar dibuat seolah mereka ekstrem, menindas dan sebagainya.
Tekanan ini dibuat kerana Qatar negara Muslim. Itu aje. Di Perancis dan Sepanyol undang-undang tak benarkan kemasukan alkohol di stadium. Tiada masalah dan ini dihormati mereka. Tetapi bila Qatar buat tak boleh. Ini jelas kebencian Islamophobia. Buruk perangai betul.
BACA: World Cup 2022: ‘Peringatan Mesra’ Buat Penyokong LGBT Yang Ingin Buat Onar Di Qatar
Sumber: Lukman Sheriff