Telur Berdiri Sempena Gerhana Mitos

Fenomena Telur Berdiri Ketika Gerhana Hanyalah Mitos?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tanggal 26 Disember 2019, seluruh penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Anulus atau cincin. Bukan sahaja manusia terpegun dengan fenomena alam ini, ia turut mempengaruhi perilaku haiwan.

Beberapa tempat yang menjadi tumpuan untuk melihat fenomena ini digunakan untuk program cerapan gerhana matahari. Sering dikaitkan apabila berlaku gerhana, telur ayam tegak berdiri ekoran kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.

Bagaimanapun, fenomena yang dikatakan telur ayam tegak berdiri itu hanyalah mitos yang sering berlegar-legar dalam masyarakat dan turut dilaporkan secara meluas di akhbar-akhbar perdana.

Memetik laporan Majalah Sains, terdapat banyak persoalan dan fakta meragukan yang telah dikemukan untuk ujikaji telur berdiri itu. Jika ia disebabkan tarikan graviti yang bergabung, bukan telur sahaja boleh berdiri tegak, malah objek ringan yang lain turut akan terapung atau melakukan hal yang sama.

Contohnya, kita boleh melihat bulu ayam, habuk, rambut dan benda yang lebih ringat akan menegak atau terapung. Namun, semua itu tidak terjadi tetapi hanya berlaku kepada telur sahaja?

Mitos telur berdiri disebabkan oleh tarikan graviti bulan atau bulan-matahari bukanlah sesuatu yang baharu, ia telah lama menjadi tradisi dalam budaya Cina ketika sambutan Hari Lap Choon (Hari Telur Berdiri) dalam kalendar masyarakat Cina.

Telur Berdiri Sempena Gerhana Mitos
Sumber: Interesting Engineering

Pakar sains turut membuktikan bahawa telur mampu ditegakkan pada bila-bila masa yang mana sekiranya menjumpai tiga titik keseimbangan yang bersentuh dengan permukaan rata, telur mampu ditegakkan.

Selain itu, turut mengukuhkan dakwaan bahawa ia hanyalah mitos kerana kebanyakan bukti gambar menunjukkan keadaan matahari yang cerah dan bukan keadaan gelap ketika gerhana matahari. Justeru, kesahihan gambar boleh dipertikaikan kerana gambar itu adalah sebelum atau selepas berlakunya gerhana matahari.

Sumber: Majalah Sains