Musim Tengkujuh Langit Sungai Petani 2

Fenomena Langit Gelap Selubungi Waktu Siang Sungai Petani

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah beberapa minggu negara dilaporkan mengalami cuaca hujan berpanjangan disebabkan fasa peralihan monsun yang akan menyebabkan beberapa fenomena cuaca ekstrem seperti hujan lebat, angin kencang, petir, belalai air/darat dan hujan batu.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1710592269073982/?type=3&theater

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan peringatan bahawa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan dijangka bermula pada esok (24 Oktober) sehingga Mac 2020 dengan episod empat hingga enam hujan lebat dijangka akan berlaku.

Musim Tengkujuh Langit Sungai Petani

Semalam tular di laman media sosial beberapa keping gambar yang menggambarkan keadaan langit Sungai Petani, Kedah yang diselubungi awan hitam menjadikan kawasan sekitar terlihat gelap walaupun hari masih siang.

 

Musim Tengkujuh Langit Sungai Petani 3
Sumber: Sa Ma

Musim Tengkujuh Langit Sungai Petani 4

Musim Tengkujuh Langit Sungai Petani 1
Sumber: KrysNyeo

Perkara ini telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk setempat kerana sebelum itu satu puting beliung kecil telah dilaporkan melanda Kampung Pida 4, Ayer Itam, Jerlun, Kedah.

Fenomena yang digelar sebagai belalai air ini menyebabkan para penduduk melaungkan azan meminta perlindungan agar tiada perkara buruk yang akan melanda kawasan mereka.

https://www.facebook.com/penangkini/videos/417934512249649/

Sementara itu, di Kuala Lumpur beberapa kawasan dilaporkan mengalami cuaca banjir kilat sehingga menyebabkan kelumpuhan (kenderaan terperangkap, pokok tumbang) di beberapa kawasan jalan raya seperti di Kampung Baru, pintu masuk Universiti Malaya, Bulatan Segambut (Kampung Delima) dan Jalan Lembah Ledang (Bukit Damansara).

Sepanjang musim peralihan monsun ini, rakyat Malaysia diminta berhati-hati dan kurangkan aktiviti di luar rumah sebagai salah satu usaha mengelak daripada kemalangan yang tidak diingini.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S9oqTj50A/