Fenomena Hujan Meteor Dijangka Hiasi Langit Disember 2020

Fenomena Hujan Meteor Dijangka Hiasi Langit Bumi Disember 2020 Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Disember 2020, banyak fenomena cakerawala dijangka akan berlaku termasuklah hujan meteor Geminids yang memiliki intensiti besar iaitu lebih daripada 100 meteor per jam.

Fenomena hujan meteor yang dijangka bermula dari 4 Disember lalu hinggalah 17 Disember depan dikatakan akan memuncak pada 13 hingga 14 Disember ini.

BACA: Dijangka Berlaku 31 Oktober Ini, Apa Sebenarnya Fenomena Blue Moon?

Walaupun fenomena hujan meteor merupakan satu fenomena alam yang biasa terjadi, namun peristiwa ini tetap memukau penduduk bumi.

Hujan meteor Geminid berasal dari arah rasi bintang Gemini berlaku disebabkan adanya kemungkinan pelanggaran dengan ‘benda’ lain di masa lalu sehingga akhirnya menghasilkan hujan meteor daripada partikel-partikel yang terhasil akibat pelanggaran tadi.

Muncul setahun sekali dalam kalendar astronomi, sekiranya pada malam berlakunya hujan ini keadaan gelap dan langit jernih, maka anda boleh menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas.

Fenomena Hujan Meteor Dijangka Hiasi Langit Disember 2020
Sumber: CGTN

Untuk anda yang mahu melihat fenomena ini dengan jelas, anda disarankan untuk pergi ke satu tempat yang gelap dan jauh daripada cahaya.

Tak perlu teropong atau teleskop, anda hanya perlu berbaring dan biasakan mata dalam keadaan gelap sekurangnya 30 ke 40 minit supaya cahaya boleh membataskan jumlah meteor yang anda lihat.

Buat pengetahuan anda juga, fenomena hujan meteor Geminid sebenarnya memberikan kesan kepada bumi termasuklah penyebab kepada berlakunya pemanasan global dan atmosfera bumi menjadi kotor.

[email protected]

65. Hujan Meteor Geminids

#Astronomi
#Kitajagakita
#Planetariumnegara
#terukirdibintang

Posted by Planetarium Negara on Wednesday, 2 December 2020

Sumber: RMG