black superhero

Fenomena Filem Hollywood “Menghitamkan” Watak Yang Asalnya Putih. Apa Relevan Tindakan Tersebut?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kalau anda merupakan seorang peminat filem Hollywood, pasti perasan kebelakangan ini, banyak watak yang asalnya berkulit putih, kita “dihitamkan”.

Bukan bermaksud mahu berfikiran secara racist, cuma adakah tindakan mereka ini betul?

Ini yang diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Zamir Mohyedin di dalam hantarannya. Jom kita baca.

Sekarang ini kan, dah makin banyak filem-filem Hollywood yang mula “menghitamkan” watak yang asalnya putih.

Itu hari aku ada komen dekat satu ciapan mat salleh ini yang kononnya tak ada orang bising bila kita “putihkan” watak yang asalnya berkulit gelap.

Tapi bila watak putih “dihitamkan” orang bising pula.

Padahal sejak dulu pun memang ada saja orang bising bila orang yang patut berkulit gelap “diputihkan”.

Tengoklah masa filem Gods of Egypt itu dulu.

Aku komen jelah projek menghitamkan sesuatu yang tak patut dihitamkan dan memutihkan sesuatu yang tak patut diputihkan, dua-duanya bukan benda bagus dan salah.

Tak perlu tolak projek pemutihan dengan projek penghitaman.

Orang kata, “Two wrongs don’t cancel each other”.

Jadi, dapatlah komen-komen daripada mat salleh yang lebih kurang katanya projek penghitaman ini tak wujud.

Dalam bahasa omputeh diorang, “It is not a thing”, “It just something that made up by racist”, yada-yada.

Orang Barat ini bukan semua pandai, benda depan mata pun dia boleh kata tak wujud. Proses yang sama, warna je tak sama.

306742561_5650705814949550_601521310088831886_n

Aku saja jelah baca-baca artikel kenapa projek penghitaman watak di dunia Hollywood ini semakin menjadi-jadi.

Rupanya diorang cuma nak promot kepelbagaian bangsa (diversity). Disebabkan watak berkulit gelap sangat kurang berbanding berkulit putih, jadi diorang hitamkan jelah sesiapa.

Selain itu, projek ini juga salah satu cara untuk lawan “anti-racism” dan ketuanan putih (white supremacy).

Kira macam “reverse-racism” la kot.

Aku ada terbaca tesis, walaupun niatnya untuk menaikkan representasi golongan berkulit gelap, dalam jangka masa panjang projek ini akan memakan diri sendiri juga.

Tetapi aku syak kenapa diorang tak buat watak baru berkulit gelap, mungkin sebab populariti.

Banyak watak-watak fiksyen dan tokoh-tokoh dunia (tokoh perang, ilmuan, politik, saintis, dll) ramai berkulit cerah.

Batman, Superman, puteri-puteri Disney ramai berkulit cerah. Orang bunian (elf) pun berkulit cerah. Achilles pun berkulit cerah. Raja Arthur pun cerah. Julius Caesar dan Joan of Arc pun kulit cerah.

Jadi, mungkin diorang terpaksa hitamkan watak-watak dan tokoh-tokoh ini supaya mudah nampak perwakilan bangsa berkulit gelap dalam dunia Hollywood, seterusnya dalam kasta sosial.

Buat watak baru susah nak nampak. Nak filem tokoh sejarah berkulit gelap tak popular pula. Yang popular tak ramai. Umumnya, diorang gunakan “branding” populariti.

Tapi aku suka era DC tahun 70-an, 80-an dulu. Dulu lagi teruk rakyat kulit gelap ditindas di Amerika Syarikat.

Apa DC buat?

Diorang buat banyak watak superhero baru berkulit gelap macam Black Lightning, Cyborg, John Stewart (Green Lantern), Firestorm, dll. Tak ada nak hitamkan watak-watak asal.

BACA: Ms Marvel: ‘Superhero’ Muslim Pertama Terima Reaksi Positif Masyarakat Islam Amerika Syarikat

Sumber: Zamir Mohyedin