
Farm Fresh Beli 65% Saham Inside Scoop
Farm Fresh Berhad dilaporkan sedang di dalam proses untuk mengambil alih 65% pegangan dalam rangkaian perniagaan aiskrim, The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) dengan harga RM83.9 juta.
Pengeluar produk tenusu yang itu berkata, mereka mula-mula akan memperoleh 53% kepentingan daripada pegangan saham sedia ada daripada rantaian itu pada harga RM68.4 juta.
Pemegang saham bersama TISSB ketika ini adalah Edmund Tan Jun Hua (61%), Derrick Wu (37.9%) dan Harsh Rajpal (1.1%).
Daripada harga belian ini, RM48.4 juta akan dibayar secara tunai, manakala baki RM20 juta akan dipenuhi melalui terbitan 13.16 juta saham baharu dalam Farm Fresh, pada harga terbitan RM1.52 sesaham.
Dilaporkan Farm Fresh juga akan menandatangani perjanjian langganan saham dengan TISSB untuk memperoleh 12% daripada saham TISSB terbitan yang diperbesarkan pada harga RM15.5 juta.
TISSB kemudiannya akan menjadi anak syarikat milik Farm Fresh sebanyak 65% pegangan, dengan baki 35% kepentingan dipegang oleh Tan Jun Hua.
Milkan baharu ini selari dengan hala tuju yang ingin dibawah oleh Farm Fresh, iaitu membuka jalan untuk memiliki “salah satu kilang ais krim artisan yang paling pesat berkembang dan rangkaian ais krim buatan sendiri terbesar di Malaysia”.
Pengambilalihan itu, yang dijangka selesai pada suku kedua tahun ini, tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham Farm Fresh dan Bursa Malaysia Securities.
BACA: Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Farm Fresh
Lahirnya Inside Scoop
Inside Scoop lahir daripada cetusan idea Edmund Tan dan isterinya, Lim Shiew Li di atas kecintaan mereka terhadap aiskrim dan kerana ingin mencipta kenangan yang menggembirakan.
Menyedari jurang dalam pasaran aiskrim premium yang kebanyakannya dihidangkan oleh rangkaian antarabangsa, mereka berhasrat untuk membuat ais krim yang hebat yang dibuat segar tempatan, mencipta perisa semula jadi yang boleh ditiru dan tekstur ultra-krim yang licin tidak seperti yang dihasilkan secara besar-besaran.
Dengan rasa keinginan yang mendalam terhadap sains di sebalik aiskrim, Shiew Li mendaftar di Universiti Gelato, Itali. Dan itulah bagaimana Inside Scoop muncul!
Sejak penubuhannya pada 2013, semua aiskrim Inside Scoop telah dibuat segar secara tempatan menggunakan bahan-bahan premium, sambil mencabar citarasa Malaysia tanpa rasa takut.
Sehingga kini, terdapat lebih daripada 28 cawangan Inside Scoop di seluruh Malaysia.