
Farm Fresh Bakal Disenarai Syarikat Pengeluar Tenusu Pertama Negara Di Bursa Malaysia
Kejayaan demi kejayaan diperoleh, Farm Fresh Sdn Bhd bakal menjadi syarikat pengeluar tenusu pertama negara disenaraikan di Bursa Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal berkata pihaknya dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangkakan pada November 2020.
“Dari segi nilai jualan dan semuanya kita memang sudah layak untuk ke IPO dan kami memang ke arah itu berikutan ramai yang meminta Farm Fresh menerbitkan IPO.
“Sekarang memang sudah sampai masanya bagi kami ke Bursa dan IPO ini mengambil masa setahun untuk dilengkapkan semuanya,” katanya.
Menjelang 2020, Farm Fresh menjangkakan untuk mencapai RM380 juta jualan dengan 20 hingga 25 peratus disumbangkan daripada segmen usahawan produk tenusu popular ini.
Buat masa ini, Farm Fresh mempunyai empat ladang di Malaysia dan tiga di Australia yang mana ladang di Malaysia saja mampu menghasilkan kira-kira 20 juta liter susu setahun. Mereka turut akan membuka ladang baharu di Perak dan Pahang pada tahun hadapan.
Menerusi pandangan salah seorang netizen di laman sosial Facebook, Zayed Zulfikli berkata Farm Fresh akan menjadi syarikat tenusu kedua yang disenaraikan di Bursa selepas Dutchlady.
Namun, dari segi kecekapan setakat ini ia terletak pada produk Ducthlady yang membelanjakan modal lebih rendah dan perolehan yang lebih tinggi kerana terdapat segmen produk selain ready to drink milk. Manakala teknik pemasaran Farm Fresh sedikit berbeza degan Dutchlady yang lebih tertumpu kepada saluran tradisional.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219912601941102&set=a.2077316328181&type=3&theater
BACA: Ini Rupanya Kebenaran Di Sebalik Susu Jenama Farm Fresh Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Harian Metro