FAM Indonesia Lawan malaysia Syed Saddiq

FAM, PDRM Minta Kerjasama Semua Agar Tidak Jual Tiket Kepada Penyokong Garuda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Susulan daripada insiden rusuhan keganasan lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama semua penyokong bola sepak tempatan agar tidak menjual tiket yang dibeli kepada penyokong Indonesia semasa aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil 19 November ini.

Insiden rusuhan keganasan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia oleh penyokong Garuda pada 5 September lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam buat Malaysia walaupun selepas meraih kemenangan menang dengan mata 3-2.

BACA: Lancar Dan Jelas, Cabaran Ucapan 2 Minit PM New Zealand Sempena Ulang Tahun Ke-2 Pentadbiran Pukau Netizen

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mendakwa semasa perlawanan antara Malaysia dan Thailand tempoh hari, seramai 5,000 orang penyokong Thailand hadir ke stadium walaupun mereka hanya memperuntukkan sebanyak 2,500 keping sahaja tiket kepada penyokong pihak lawan.

FAM Indonesia Lawan malaysia
Sumber: EPA

Perbuatan penjualan tempat duduk penyokong tuan rumah menyebabkan kesukaran pada pihak keselamatan untuk menempatkan penyokong pelawat di tempat sepatutnya sekaligus menimbulkan pelbagai masalah semasa perlawanan berlangsung.

Untuk perlawanan antara Malaysia dan Indonesia Selasa ini, FAM memperuntukkan sebanyak 4,5000 tiket untuk penyokong Garuda selepas dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang mana penjualan tiket akan diuruskan sendiri oleh mereka.

Untuk penyokong Harimau Malaya pula, pembelian tiket boleh dilakukan di laman www.tickethotline.com.my. Namun pembelian hanya untuk tempat duduk terbuka memandangkan tiket bagi tempat duduk utama (Grandstand) dan Premium telah habis terjual.

Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan kutipan enam mata manakala Indonesia gagal meraih sebarang mata selepas empat perlawanan.

Sumber: Bernama