Realiti Bikini Bottom SpongeBob

Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Bikini Bottom Dalam Animasi SpongeBob SquarePants

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Bikini Bottom Dalam Animasi SpongeBob SquarePants.

Ramai tidak tahu bahawa watak SpongeBob serta jalan cerita hidupnya sebenarnya banyak menyimpan misteri di sebalik identitinya yang cuma dikenali sebagai sekeping span kuning.

BACA: ‘The SpongeBob SquarePants Movie’ Dianggap Ganas Untuk Siaran Indonesia

Bandar Bikini Bottom yang menjadi lokasi utama dalam siri SpongeBob adalah berdasarkan gambaran lokasi sebenar di peta dunia iaitu Bikini Atoll, sebuah tempat di wilayah Mikronesia yang menjadi sebahagian daripada Kepulauan Marshall.

Ketika Perang Dunia Kedua, Bikini Atoll adalah salah satu wilayah Amerika Syarikat. Tentera Amerika berjaya merebut Kepulauan Marshall dari tangan Jepun melalui pertempuran berdarah.

Pada Februari 1946, AS di bawah pimpinan Presiden Harry Truman merancang untuk menjalankan peledakan nuklear bom atom. Jelas bahawa ujian seperti ini mempunyai risiko besar dan memberi kesan negatif terhadap kelangsungan hidup penduduk di situ.

Realiti Bikini Bottom SpongeBob

Justeru, Bikini Atoll dipilih sebagai lokasi menjalankan ujian nuklear atas faktor ia jauh daripada penempatan manusia dan semua penduduk di sana perlu mengosongkannya.

Sebanyak 23 senjata nuklear dijatuhkan yang mempunyai kekuatan lebih kuat daripada bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Kemusnahan berlaku di sekitar perairan Bikini Atoll.

Lantaran itu, Bikini Atoll menjadi kawasan yang terdedah dengan radiasi nuklear.

Kawasan itu tidak boleh dihuni manusia kerana air dan hidupan laut di situ sudah tercemar disebabkan kesan pencemaran daripada radiasi nuklear yang berterusan.

Kisah ini memberi inspirasi kepada Hillenberg untuk mencipta animasi Spongebob.

Animasi SpongeBob adalah bentuk kritikan yang dibuat terhadap pemerintah Amerika Syarikat kerana telah menyebabkan kerosakan pada kehidupan laut.

Jika diamati, maksud sebenar bunga di langit Bikini Bottom merupakan simbolik kepada pencemaran minyak yang berlaku dalam dunia sebenar dan di Bikini Atoll.

Realiti Bikini Bottom SpongeBob

Selain itu, kita pasti tertanya bagaimana Mr. Krab mempunyai seorang anak perempuan, Pearl yang merupakan seekor ikan paus.

Dalam kisah sebenar, Mr. Krab menjumpa Pearl ketika dia sebelah mayat ibunya yang telah diburu. Ia membawa sindiran kepada pemburuan haram yang dilakukan terhadap spesis laut ini.

Manakala rumah penghuni Bikini Bottom tidak digambarkan seperti rumah hidupan laut yang sepatutnya dikelilingi dengan batu karang. Bangunan-bangunan dalam animasi ini semuanya ditunjuk daripada besi buruk.

Realiti Bikini Bottom SpongeBob

Kini, Bikini Atoll mempunyai kehidupan laut yang indah dan menunjukkan pemulihan luar biasa selepas ujian nuklear.

Malah pada tahun 2010, Bikini Atoll telah dijadikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Namun, manusia masih tidak dapat tinggal di sana lagi.

Sumber: The Conversation