Bakteria Pada Berus Gigi 1

Fakta: Mangkuk Tandas Jauh Lebih Bersih Daripada Tangan Dan Berus Gigi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika anda ditanya antara tangan, berus gigi dan tempat duduk tandas yang manakah paling kotor, rata-rata daripada kita pasti memberikan jawapan mangkuk tandas bukan?

Akan tetapi tahukah anda, sebenarnya tempat duduk tandas adalah jauh lebih bersih daripada tangan dan berus gigi? Malah jauh lebih bersih daripada telefon pintar anda!

Terkejut bukan? Tetapi inilah hakikatnya. Ini bukan teori yang dibuat tanpa usul periksa tetapi ianya diberitahu sendiri oleh seorang ahli mikrobiologi dan penulis, Jason Tetro.

Jason memberitahu bahawa bakteria pada tempat duduk tandas selalunya kurang daripada 1,000 untuk setiap satu persegi. Ianya terlihat seperti banyak tetapi hakikatnya bakteria pada sinki berjumlah ratusan ribu manakala bagi kasut pula boleh mencecah jutaan untuk setiap persegi!

Secara keseluruhannya, tangan manusia  mempunyai lebih daripada 1,000 bakteria setiap persegi, jauh lebih tinggi daripada tempat duduk tandas. Ini kerana bakteria yang didapati pada mangkuk tandas atau tempat duduk tandas adalah datangnya daripada manusia sendiri.

Bakteria Pada Berus Gigi

Manakala menurut pengkaji di Universiti Manchester mendapati jumlah bakteria untuk sebatang berus gigi adalah lebih daripada 100 juta termasuklah daripada bakteria jenis E-coli (bakteria yang hidup di dalam usus dan boleh menyebabkan diarrhea, muntah atau kekejangan serius pada abdomen) dan staphylococci (tidak merbahaya tetapi boleh berjangkit).

Semasa anda memberus gigi, jumlah bakteria yang boleh berpindah dari mulut ke berus gigi adalah sekitar 100 ke 200 spesis! Bayangkan betapa fakta ini boleh meloyakan anda.

Walau bagaimanapun, jangan takut. Ahli mikrobiologi, David Coil pernah memberitahu kuantiti bakteria tidak memberikan risiko kepada kesihatan, sebaliknya jenis bakteria yang terdapat di situ.

Jika ianya tetap mengganggu anda, ada beberapa cara untuk anda kurangkan jumlah bakteria, contohnya:

1. Simpan berus gigi dalam keadaan bertutup, namun bukan di dalam bekas kedap udara.

2. Pastikan ada ruang pengudaraan di dalam bilik air.

3. Ganti berus gigi setiap tiga atau empat bulan.

4. Basuh tangan dengan sabun selepas keluar dari tandas.

Sumber: Global News, OnHealth

Nak tiket tayangan perdana secara percuma? Tonton video di bawah.

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.