‘Fake Veneer’ Produk Sampah! Nak Cantik Tapi Bahaya Pada Kesihatan Mulut

Masih ramai yang percaya bahawa penggunaan ‘fake veneer’ mampu menjadikan gigi lebih nampak cantik, tersusun dan putih. Tidak perlu memakai pendakap gigi selama bertahun-tahun, ramai pengguna memilih ‘veener’ sebagai alternatif baru mereka.

‘Veener’ merupakan satu lapisan dari porselin atau seramik yang dipasang di atas permukaan gigi dan boleh menjadikan gigi lebih teratur, putih dan cantik. Masalah kesihatan gigi seperti berbentuk tidak sekata, gigi pecah, jarang dan berserpih semuanya boleh menjadi cantik dengan ‘veener’.

Namun ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menjual produk ‘veener’ palsu terutamanya dalam platform pembelian atas talian dan media sosial seperti Facebook, Instagram, Shoppee dan Lazada dengan harga yang murah.

Fake Veneer

Yang pelik dan menakutkan, ramai pengguna masih lagi percaya pada produk-produk sampah begini. Bukan sahaja tidak ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, malah tiada sijil kemahiran pun!

Salah seorang doktor gigi di Twitter yang lebih dikenali sebagai Dr @ib_shah, telah membuat satu thread panjang mengenai bahayanya ‘fake veneer’ ini pada kesihatan mulut sempena hari World Oral Health Day atau #WOHD19.

Fake Veneer

Fake Veneer

Fake Veneer

Fake Veneer

Sekiranya ada antara rakan atau ahli keluarga anda yang sudah memakai ‘fake veneer’ ini, nasihatkan mereka untuk cepat berjumpa dengan doktor gigi. Kalau biar lama-lama nanti mudarat!

Sebarkan juga supaya kita sebagai pengguna tidak mudah ditipu penjual tidak bertanggungjawab.