Fahmi Reza

Fahmi Reza – Sanggup Hina Agama Dan Negara Atas Nama Satira?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sekali lagi mencetus kekecohan baru-baru ini apabila dia membuat satu hantaran kontroversi di Facebooknya.

Dia kemudiannya ditahan reman selama sehari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi gara-gara hantarannya itu yang berupa satu animasi watak monyet Mojo Jojo dari siri The Powerpuff Girls yang diubah suai memakai seragam istana berwarna kuning.

Selepas dibebaskan, Fahmi sempat lagi membuat satu hantaran berbaur sarkastik di Facebooknya yang ditujukan kepada pihak polis.

“Aku dah check out dari Hotel Dang Wangi! Pakej penginapan 2 hari 1 malam courtesy of Mojo Jojo!

“Lokasi yang menarik, persekitaran yang sempurna dan kebajikan yang hebat. Makanan juga sedap, siap dapat pakej sahur dan iftar yang dihantar ke bilik.

“Akan datang semula nanti pada masa akan datang. Aku bagi empat bintang,” ucapnya di Facebook dengan nada sinis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sebelum ini, hantaran karikatur tersebut telah mengundang kemarahan warganet kerana disifatkan sebagai amat keterlaluan.

Seorang pengguna Facebook, Jimmy Nezzar telah membuat hantaran berikut bagi mengutuk perbuatan Fahmi yang disifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap agama dan negara dari seorang yang bongkak serta tidak beradab.

1 Fahmi Reza

ISU ARTWORK SATIRA FAHMI REZA

Lama aku berdiam diri mengenai lukisan satira Fahmi Reza ni. Sebagai bekas pelajar Ijazah Sarjana Senilukis dan Senireka, aku terbuka dengan apa pun karya seni, sama ada dalam bentuk audio atau visual.

Akan tetapi, dalam berkarya, kita perlulah ada ilmu, sama ada dari segi teknikal, falsafah, prinsip. Sama ada seni yang simple sampai ke abstrak, perlulah ada ilmu dan ada kajian-kajian tertentu sebelum menzahirkan sesuatu karya itu. Itu yang kami belajar selama di universiti. Dan kini kami praktikkan sama ada di alam pekerjaan atau dalam kehidupan seharian.

Sebagai pengamal protokol acara diRaja pula, aku rasa terkesan dengan hasil karya beliau yang terbaru ini. Dalam mengamalkan kerja-kerja aku, banyak yang aku kena kaji tentang bukan sahaja Kesultanan di Tanah Melayu, bahkan pelbagai sistem Sultan, Monarki, Raja di seluruh dunia. Dari mana leluhurnya, adab dan susilanya, adatnya, disiplinnya, sistemnya. Bukan aku tidak terbuka, tapi dalam keterbukaan itu, ada benda yang zahir tampak pada mata aku yang mengganggu aku sebagai seorang Muslim dan seorang rakyat Malaysia. IAITU LAMBANG BINTANG PECAH 14 SERTA BULAN pada Tengkolok lukisan digital itu, dan ianya adalah elemen penting pada JATA NEGARA DAN JALUR GEMILANG.

Lihatlah bagaimana bulan sabit dan bintang pecah 14 digambarkan sebagai DUA TANGAN DENGAN JARI TENGAH.

Sedarkah anda bahawa anak bulan (bulan sabit) lambang AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia?! Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Setiap karya seni ada maksud tertentu, yang hanya pengkarya sahaja yang faham. Akan tetapi bila lambang JATA NEGARA dibuat sebegitu, adakah ini menunjukkan sama ada beliau benci Negara dan Agama? Perlu diingatkan, BENCI PADA KERAJAAN ADALAH BERLAINAN BENCI PADA NEGARA DAN AGAMA. DUA PERKARA INI BERBEZA SAMA SEKALI. Jangan kerana konon kita ni benci pada kerajaan, kita nak jari tengahkan sekali Agama dan Negara. Mana jati diri kita? ADAKAH FAHMI REZA SEORANG ATHEIST, ATAU SEORANG BUKAN WARGANEGARA, ATAU SEORANG YANG BONGKAK DAN TIDAK BERADAB?

Ada yang hendak samakan imej satira band Sex Pistols – God Save The Queen di UK. Anda lihatlah pada poster Sex Pistols.. Adakah mereka mempermainkan bendera United Kingdom? Adakah mereka merubah wajah Ratu? Adakah mereka membuat sebarang “photo manipulation”? Ini kita cakap berkenaan Sex Pistols ni.. yang memang terang-terang dari Barat, nama band dia pun dah menunjukkan “Kebaratannya” mereka.. akan tetapi bendera mereka, wajah Ratu mereka, masih mereka kekalkan.. Walaupun mereka ini Punk dan dari barat pulak tu, nampaknya mereka lebih BERADAB dalam KETERBUKAAN.

Akhir kata, jika nak kata kita ni lebih berilmu, maka Iblis itu lebih berilmu daripada kita.. Cuma apa yang membuatkan Iblis salah, hanyalah kerana BONGKAK. JADI APAKAH KITA INI? SUDAHLAH ILMU CETEK, BONGKAK PULAK TU.. KITA LEBIH HINA DARI IBLIS.

SEKIAN.

BACA: Daya Intelek Dan Tahap Pemikiran Berbeza Yang Terdapat Pada Pelawak Antarabangsa

Sumber: Facebook Jimmy Nezzar