
Facebook Dan Instagram Haramkan Emoji ‘Tidak Senonoh’
Laman media sosial terbesar Facebook dan Instagram mengharamkan penggunaan emoji atau ikon yang melambangkan unsur se*sual seperti terung, buah pic dan titisan air.
Garis panduan baharu ini melarang kesemua emoji tersebut dan tidak boleh digunakan jika menggambarkan aktiviti luc*h atau bahagian tubuh yang disamakan dengan emoji-emoji itu. Peraturan baharu itu di bawah Seksyen 16, Komuniti Standard dalam Permohonan Se*sual.
Jika ada pengguna laman sosial berkenaan yang menggunakan emoji tersebut akan dipadam hantaran itu atau dinyahaktif akaun.
Dengan pengenalan kepada penambahan peraturan itu, Facebook memaklumkan pihaknya meletakkan panduan ‘when content facilitates, encourages or coordinates sexual encounters between adults.’
Terdapat dua kriteria baharu di bawah seksyen berkenaan iaitu pengguna mesti ‘secara tersirat atau tidak langsung’ menawarkan beberapa bentuk komunikasi se*sual sama ada ‘imej tidak berpakaian, bersetubuh, atau ‘perbualan sembang se*s’. Kriteria kedua pula adalah bahawa kandungan harus mempunyai beberapa bentuk ‘unsur-unsur yang bersifat se*sual’.
Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik kerana terlalu memberi perhatian mengenai isu itu berbanding isu rasis dan propaganda yang berada di laman sosial yang sama.
Sumber: The Sun
Lokasi penggambaraan Gemini Man memang cantik-cantik.
Gemini Man | Location Featurette
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.