
Exco Perak Mohon Maaf Hadir Jamuan Ketika Tempoh PKP
Fenomena teh boba semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dengan rasa lemak susu dicampur pula dengan gula merah daripada bebola mutiara berwarna hitam dan bertekstur kenyal, ramai yang memilih minuman ini sebagai menu terbaharu kegemaran mereka.
Ada yang sanggup beratur sehingga berjam-jam lamanya dan mengulang beli pada setiap hari demi memenuhi keinginan untuk mencuba pelbagai jenis perisa air teh boba ini.
Nampaknya demam minuman popular yang berasal dari Taiwan ini belum berakhir lagi di Malaysia kerana satu lagi jenama baharu yang bertapak bersaing bersama barisan jenama minuman boba yang lain.
Jenama yang dikenali sebagai Raion, menggunakan logo kepala seekor singa baru-baru ini sudah ‘mengaum’ di Malaysia pada 12 Oktober lalu di SS15 Subang Jaya, turut dikenali dengan jolokan ‘jalan boba’.
Dengan tagline King of Boba, Raion menawarkan minuman boba terbaik untuk penggemar minuman ini. Antara menu yang patut anda cuba ialah Raion brown sugar milk orea iaitu gabungan susu gula merah dengan oreo yang pasti memberi kepuasan maksima.

Bukan sahaja dilancarkan di SS15, Raion bakal membuka cawangan keduanya di Uptown Avenue, Seremban 2 pada 25 Oktober ini. Mereka akan memberi 100 minuman percuma kepada pelanggan yang terawal! Jangan lepaskan peluang kerana pelanggan yang hadir turut menerima metal straw secara percuma.

Maklumat lanjut, boleh layari ke FB Raion Malaysia.