
Erti Sebenar Empati Seorang Bos Terhadap Staf Yang Wajar Dijadikan Sebagai Ikutan
Setinggi mana pun kedudukan seseorang itu, perlulah diingatkan bahawa sebenarnya ada ramai lagi yang berperanan menyokongnya dari bawah.
Dan sememangnya juga, bukan mudah tugas seorang majikan atau bos yang perlu sentiasa meluangkan masa untuk menjaga pekerja-pekerjanya tersebut.
Satu perkongsian ringkas yang dibuat oleh Dr Sakinah Sulong di Facebooknya ini mengajak semua bos-bos di luar sana untuk sesekali meluangkan masa untuk mendengar, menyelami dan memahami perasaan serta emosi pekerja yang berada di bawah seliaan mereka.
Semoga selepas ini lebih ramai bos berubah sikap dan mengikut jejak Dr Sakinah ini.
Beberapa hari kebelakangan ini, saya pening kepala dengan masalah staff. Banyak betul isu sana sini.
Tapi hari ni rasa terubat bila sorang staff ni cakap,
“Boss, boss adalah boss yang paling baik saya pernah jumpa. Tak pernah saya ada boss macam ni. Boss akan luang masa nak jumpa staff kalau staff nak mengadu…”
Masa dia cakap, saya perasan nada suaranya sebak. Alahai, saya pun jadi sedih.
Baru saya sedar, betapa besarnya erti empati yang perlu saya tunjukkan kepada staff bawahan. Memang masa saya terhad. Ikutkan ada je kerja tak habis-habis. Tapi saya tetap kena cuba membantu mana-mana staff yang ada masalah supaya perkhidmatan mereka tak terganggu.
Allahu..
Beradanya kita di sesuatu tempat tu, takkan Allah jadikan sia-sia.
Jadilah seorang yang mampu menyenangkan orang lain, memudahkan urusan orang lain, yang satu masa nanti bila tiada, akan diingati dan dirindui, bukan diratib-ratib supaya pergi.
#Membebelsayang
BACA: Wajibkan Pekerja Solat 5 Waktu Dan Tutup Aurat, Keprihatinan Bos Cina ini Dipuji
Sumber: Sakinah Sulong