Eropah Kini Pusat Penularan Koronavirus – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu Eropah kini menjadi pusat penularan wabak koronavirus dan memberi amaran adalah mustahil untuk mengetahui bila wabak pandemik ini akan memuncak.

TERKINIWabak koronavirus (Covid-19) telah diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Jumlah…

Posted by ODISI on Wednesday, March 11, 2020

Dalam satu sidang media maya, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, selain China benua Eropah kini mempunyai lebih banyak kes dan kematian yang dilaporkan berbanding rantau lain di seluruh dunia secara keseluruhan.

BACA: Angkuhnya China Namun Tersungkur Hanya Kerana Koronavirus

Setakat ini, kes koronavirus yang dicatatkan di seluruh dunia adalah sebanyak 145, 853 dengan angka kematian kini sudah mencecah 5,438.

Daripada jumlah berkenaan, 72,550 dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya dan 9% (6,082) daripada kes aktif berada dalam keadaan kritikal.

Angka kematian yang sudah melebihi 5,000 digelar sebagai penanda ttragis yang  mustahil diketahui bila ianya akan memuncak di seluruh dunia.

Pihak Untung Dan Rugi Koronavirus Melanda 4
Sumber: Bangkok Post

Susulan daripada peningkatan secara drastik berkenaan, langkah drastik telah diambil iaitu penutupan sekolah, menghadkan majlis awam serta kuarantin penduduk.

Itali mendahului negara Eropah yang lain dengan catatan kes sebanyak 17,660 dan angka kematian sebanyak 1,266, 1,328 berada dalam keadaan kritikal dan kes sembuh sebanyak 1,439.

Walaupun langkah yang digelar ‘jarak sosial’ dapat membantu, namun WHO menyarankan agar kerajaan mengambil pendekatan komprehensif yang meliputi aspek pencarian, pengasingan, menjalankan ujian serta merawat bagi memecahkan rantaian jangkitan.

WHO pada awalnya menganggarkan kos mengekang wabak ini hanya menelan belanja sebanyak USD750 juta bagi bulan pertama namun keadaan sudah berubah menyebabkan kos sebenar dianggarkan sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada anggaran tersebut.

Menurut The Guardian, wabak koronavirus dikatakan sudah dikesan sejak November lagi sebelum kerajaan China mengumumkannya kepada umum pada Disember.

Dikatakan bermula daripada pasar borong yang menjual pelbagai jenis haiwan termasuklah haiwan eksotik di Wuhan, China, simptom koronavirus mempunyai persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kini sudah merebak ke 145 buah negara dan diumumkan sebagai pandemik oleh WHO.

Di Malaysia, wabak koronavirus kini berada di gelombang kedua yang mana kes yang dicatatkan sudah mencecah 197 dengan empat kes dilaporkan berada dalam kritikal manakala 32 sudah disahkan sembuh.

Sebagai langkah pencegahan penularan, Perdana Menteri Malaysia memutuskan agar semua perhimpunan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020.

Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan penularan #COVID19 di Malaysia

Posted by ODISI on Friday, March 13, 2020

Sumber: FMT