
Era Netanyahu Tamat, Palestin Masih Anggap Kerajaan Baharu Tetap Sama Atau Lebih Buruk
Era Netanyahu Tamat, Palestin Masih Anggap Kerajaan Baharu Tetap Sama Atau Lebih Buruk
Selepas 12 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Israel dan berdepan tuduhan rasuah, era Benjamin Netanyahu akhirnya tamat pada Ahad.
Ini selepas Parlimen Israel meluluskan kerajaan campuran yang dibentuk oleh Perdana Menteri baru Naftali Bennett.
Times of Israel melaporkan, Bennet sudahpun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu, yang mana 60 undi menyokong kerajaan baharu itu, manakala 59 lagi menentang.
Menurut perjanjian kerjasama yang yang dimeterai, Bennet akan memegang jawatan itu selama 2 tahun, sebelum diambil alih oleh Lapid yang buat masa ini memegang jawatan Menteri Luar.
Bennet merupakan mantan sekutu Netanyahu yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2019 dan 2020.
Dalam pada itu, ribuan penyokong kerajaan baharu meraikan kemenangan mereka membentuk kerajaan dan menjatuhkan Netanyahu di Dataran Rabin di Tel Aviv.
Celebrations erupt in Tel Aviv after Netanyahu is ousted by the Israeli parliamentpic.twitter.com/KlOVdzMFLc
— Alfons López Tena (@alfonslopeztena) June 13, 2021
Walaupun kerajaan Netanyahu telah digulingkan, ini tidak bermakna negara haram Israel tidak bertindak kejam terhadap penduduk Palestin.
Penduduk Palestin menyifatkan perubahan politik dalam kerajaan Israel tidak membawa makna kerana mereka tetap tidak dibebaskan daripada cengkaman Zionis disebabkan kedua-duanya mempunyai kezaliman yang sama.
Setiausaha Agung Pergerakan Inisisatif Kebangsaan Palestin Mustafa Barghouti, memberi amaran bahawa kerajaan Bennett akan menyokong penyelesaian pendudukan haram dan diskriminasi kaum serta dilihat bakal lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelum ini.
“Kerajaan baharu ini tiada bezanya dengan pemerintahan Netanyahu, kerana ia adalah kerajaan penjajah, penceroboh dan mengamalkan diskriminasi kaum seperti kerajaan sebelum ini dan bahkan lebih teruk,” kata Barghouti.
Ia dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan Bennett pada Ahad mengenai perluasan kawasan penempatan ke kawasan C Tebing Barat.
Di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan pihak berkuasa Palestin, Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dibahagikan kepada tiga bahagian – Kawasan A, B, dan C – dengan kawasan C di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Israel sehingga perjanjian akhir dengan Palestin dicapai.
Penduduk Palestin sudah menyaksikan puluhan perubahan kerajaan Israel, sama ada melibatkan parti berhaluan kanan, kiri atau tengah.
Namun, apabila melibatkan kebebasan rakyat Palestin, semua parti Zionis tetap menindas dan bersetuju atas apa sahaja perkara untuk rampas hak mereka.