
‘Entah Berapa Ramai Jadi Mangsa Dia’ – Bapa Berang Anak Perempuan Trauma Dicabul Pemandu Sekolah
Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tuan Amir Danau meluahkan rasa kesal dan berang terhadap seorang pemandu van sekolah kerana telah mencabul anak perempuannya.
Menerusi hantaran tersebut, kisahnya bermula apabila anak perempuannya mengadu kepada si ibu dan meminta supaya abangnya menghantar dia ke sekolah.
Anak takut nak bercerita
“Ibu, esok boleh tak suruh abang anish hantar neno pergi sekolah? Driver ni suspicious lah”
Si ibu bertanyakan apa yang terjadi dan terkejut setelah diberitahu. Tambahan, anak perempuannya berasa takut untuk menceritakan hal tersebut kepadanya.
Anaknya menangis sambil bercerita dan menjelaskan dia merupakan individu yang pertama diambil oleh pemandu sekolah tersebut pada pukul 6.20 pagi. Pemandu itu juga sempat memberikan pesanan kepada mangsa supaya tidak risau dan meminta nombor WhatsAppnya.
“First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.”
Pernah ada kes sebelum ini
Mendengar apa yang terjadi kepada anak perempuannya, dia berasa marah dan bertindak berjumpa dengan pemandu sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang menimpa anaknya.
“Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsap melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.”
Susulan itu, lelaki tersebut membuat laporan polis dan memberikan nasihat kepada ibu bapa lain agar peka dan senitasa mengingatkan anak-anak agar tahu apa itu amang seksual dan tindakan seterusnya jika terjadi kepada mereka.
“Entah berapa ramai agaknya dah jadi mangsa dia tapi tu lah, budak-budak kecik yang tanpa pendedahan hal seksual ni, memang tak akan berani bagitau mak ayah. Diorang jadi konfius. Mak ayah percaya ke dia? Ke benda ni kecik sangat untuk dia bagitau? Part ni penting bila takda pendedahan. Kesian ke anak.”
“Guys, pendedahan pasal seksual ni jangan bawa main. Lagi-lagi bab anak perempuan, kena alert. Selalu tanya, selalu bagi ruang pada diorang supaya tak malu dan tak takut untuk ceritakan pada kita. Bagi anak ni selesa untuk bercakap isu seksual ni walaupun sekecil-kecil cerita. Kita lah kena terangkan dekat dia nanti.”
“Apalah sangat kena denda, kena tahan, jika nak bandingkan dengan trauma yang anak aku akan hadap. Maruah anak aku lagi. Sekurang-kurangnya anak aku tahu, aku bapak dia yang tetap akan ada pertahankan dia kalau ada orang cuba-cuba ambik kesempatan pada dia,” katanya.
Sumber: Tuan Amir Danau