
Enggan Tutup Aurat – Ini Alasan Paling Merepek Yang Masih Dipakai Hingga Ke Hari Ini
“Aku tak nak hipokrit”
“Aku nak jadi diri aku”
Tolonglah jangan ada yang pakai alasan merepek ini lagi untuk tidak mahu menutup aurat.
Zaman sekarang, manusia hanya lebih takutkan manusia.
Ramai yang takutkan bos besar di tempat kerja, tapi tak takut pun pada Pencipta Yang Maha Besar dan ‘lebih bos’ dari segala-gala.
Kalau hari bekerja, sanggup ‘set alarm’ nak bangun awal semata-mata sebab nak elak ‘jem’ takut kena marah dengan bos sebab datang lambat.
Kalau hari cuti, boleh pula buat saja-saja terlajak tidur sampai terlepas Subuh dan selamba buat-buat tak kisah tanpa ada sikit pun rasa berdosa.
Bukan saja solat, bab kewajipan menutup aurat juga masih ramai yang abaikan dengan memberi alasan ‘entah apa-apa’.
Satu tangkap layar ciapan yang dibuat oleh Yusri Syafiq kembali tular di media sosial bagi memberi peringatan dan renungan yang sungguh ‘deep’ untuk umat Islam yang sering memberi alasan untuk tidak menutup aurat pada hari ini.
Sekadar untuk dijadikan sebagai iktibar dan semoga dapat memberi sedikit keinsafan buat kita semua.
BACA: “Kenapa Tak Pakai Tudung, Ni? Lain Kali Pakai Tudung Tau, Berdosa!”
Sumber: Yusri Syafiq