Indonesia Tolak Bantuan Malaysia

Enggan Terima Bantuan Malaysia, Indonesia Bimbang Diperkecilkan – ‘Ah, Gitu Aja Minta Bantuan’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal Ogos lalu, beberapa wilayah Indonesia seperti Sumatera dan Kalimantan telah diisytiharkan sebagai darurat akibat daripada kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut dan mengarahkan ribuan tentera serta polis ke lokasi terjejas sehingga menyebabkan kemarau.

 BACA: Menteri Indonesia Nafi Jerebu Malaysia Berpunca Dari Wilayah Sumatera

Walaupun sudah beberapa kali ditawarkan bantuan dari Malaysia dan Singapura, Indonesia tetap enggan menerimanya dengan alasan ‘tidak mahu dilecehkan’ atau diperkecilkan oleh kedua negara ini.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Masagos Zulkifli dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menawarkan bantuan tenaga untuk memadamkan kebakaran seperti yang dilakukan pada tahun 2015.

https://www.facebook.com/SingaporeEmbassyJkt/posts/2779223148754685

Dengan alasan cukup punya tenaga kerja, wakil dari Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Jati Witjaksono mengatakan Indonesia menjaga martabatnya dengan tidak meminta bantuan negara lain.

Kata beliau kepada BBC News Indonesia,

“Semua sudah gerak. Nanti kalau kita minta bantuan, kita dilecehkan lagi, ‘ah gitu aja minta bantuan’. Makanya kita menjaga harkat dan martabat negara kita. Kita kan malu kalau minta bantuan negara lain.”

Daripada pihak Pejabat Kakitangan Presiden, Abetnego Tarigan pula beliau mengatakan sehingga kini belum mendapat maklumat lanjut mengenai tawaran rasmi dari Singapura dan Indonesia.

Jerebu Indonesia Malaysia

Selain itu, beliau turut menegaskan Indonesia bukan menolak bantuan dari negara jiran tetapi sedang mempertimbangkan hal-hal yang diperlukan untuk memadam kebakaran hutan kerana Indonesia tidak memiliki masalah dalam tenaga kerja, peralatan mahupun dana bagi memadamkan kebakaran.

Sumber: BBC Indonesia

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Tc49ClHN-/