Cuti Umum Pertabalan Agong 2

Enggan Isytihar Cuti Pertabalan Agong, Syarikat Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umum sedia maklum bahawa Hari Pertabalan Agong yang telah ditetapkan untuk berlangsung pada esok (30 Julai 2019) diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara.

Cuti tambahan ini bukan hanya digunakan untuk para pekerja di sektor kerajaan sahaja tetapi juga untuk para pekerja di sektor swasta mengikut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

Cuti Umum Pertabalan Agong 3
Sumber: The Malaysian Insight

Berdasarkan peruntukan itu, Kementerian Sumber Manusia memberitahu majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai cuti umum bergaji kepada para pekerja atau pun memilih esok untuk bercuti.

Sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka para pekerja yang bekerja pada tarikh itu layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum, manakala bagi Sabah dan Sarawak, ianya diselaraskan dengan undang-undang negeri masing-masing.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memberitahu keengganan syarikat dalam mengiktiraf hari tersebut sebagai hari pelepasan am bakal menyebabkan mereka berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mendapati sebuah syarikat percetakan di Johor Bharu telah mengeluarkan memo kepada pekerjanya bahawa mereka tidak akan menganggap Hari Pertabalan Agong sebagai cuti umum kerana cuti umum untuk tahun ini sudah ditetapkan sebanyak 11 hari.

Cuti Umum Pertabalan Agong 1

Dalam memo itu mereka turut menegaskan bahawa pengumuman cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan tidak akan dilayan dan sekiranya pekerja gagal untuk hadir bekerja pada hari berkenaan akan menerima surat amaran.

https://www.facebook.com/261760511099/photos/a.10152942891236100/10157407701541100/?type=3&theater

Menurut Kementerian Sumber Manusia lagi, kenyataan tersebut dikeluarkan supaya majikan di sektor swasta memahami kewajiban memberi cuti umum tambahan kepada para pekerja selain daripada menggariskan hak pekerja untuk mendapatkan cuti umum bergaji bagi hari kelepasan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan di Malaysia.

Bagi negeri Pahang pula, pelepasan diberikan sebanyak dua hari iaitu pada 30 Julai dan 31 Julai 2019 bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sumber: Astro Awani

Dah tengok MA? Kena tonton kalau anda peminat filem seram psikologi.

MA Movie : Premier Screening (Audience Reaction)

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.