
Enggan Berdiri Semasa Lagu Negaraku Tanda Protes Senyap S4S Kepada Janji Palsu Kerajaan
Tular di media sosial semalam, sekumpulan individu yang enggan berdiri semasa berkumandangnya lagu Negaraku dalam sebuah majlis kutipan dana dalam satu paparan video berdurasi 22 saat di Kuching, Sarawak.
Kumpulan tersebut kemudiannya diburu pihak polis selepas menerima laporan orang awam kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968, iaitu tidak berdiri hormat ketika lagu Negaraku berkumandang.
https://www.facebook.com/edisi7ntv7/videos/2469050613419876/
Boleh didenda tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan tidak melebihi satu bulan, polis telah mengambil keterangan daripada lapan orang suspek yang juga merupakan ahli Kumpulan Sarawak for Sarawakians (S4S).
Menurut jurucakap mereka, Peter John Jaban, tindakan yang disifatkan sebagai tidak bermoral tersebut dilakukan sebagai salah satu protes senyap terhadap janji yang belum dipenuhi oleh kerajaan Persekutuan yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Peter turut mendakwa lagu Negaraku bukan lagi lagu kebangsaan mereka kerana Sarawak hanyalah rakan kongsi setara yang menyertai Malaysia pada 1963 turut mendakwa lagu Negaraku ditiru daripada lagu ‘Mamula Moon’ nyanyian Hawaiian Serenaders pada tahun 1940-an.
Shaow Tung Leong yang juga dikenali sebagai Alex Leong memberitahu ‘Malaya’ bertindak sangat tidak adil kepada Sarawak dan orang Sarawak, jadi mengapa mereka perlu berdiri semasa lagu kebangsaan dinyanyikan.
https://www.facebook.com/Kelantanese.my/videos/395641801349081/
Antaranya janji yang tidak dipenuhi lagi oleh pentadbiran kerajaan ialah kenaikkan royalti minyak sebanyak 20% bagi Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam manifesto PRU pentadbiran Pakatan Harapan walaupun sumber minyak dan gas Sarawak sudah dieksploitasi kerajaan Malaysia sejak 56 tahun lalu.
Kumpulan tersebut yang digelar sebagai pelampau fanatik masa hadapan turut didakwa ‘Parti Pribumi Bersatu Malaysia – Pakatan Harapan’ sebagai kumpulan yang mempunyai matlamat dalam meninggalkan persekutuan Malaysia.
Sumber: FMT
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/