Dakwa Sebagai Tak Efektif, Lihat Alasan Lain Indonesia Tidak Laksana Perintah Berkurung 1

Enam Daerah Indonesia Catat Status Zon Hitam, Kes COVID-19 Kini Melebihi 30 Ribu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Surabyaa kini diberikan status zon hitam susulan berlakunya peningkatan kes wabak pandemik COVID-19. Surabaya bersama lima daerah lain di Indonesia mencatatkan status yang sama menjadikan jumlah daerah yang diisytiharkan statusnya sebagai zon hitam adalah sebanyak enam daerah.

BACA: Catat Peningkatan Kes Kematian Mendadak Setiap Hari, Indonesia Perlu Bantuan Dunia Tangani COVID-19

Surabaya yang terletak di kawasan Jawa Timur mencatatkan kes lebih 3,000. Menurut Ketua Unit Kerja COVID-19, Joni Wahyuhadi, wilayah yang mencatatkan kes jangkitan yang tinggi akan ditandai dengan warna merah namun akan bertukar kepada warna lebih gelap sekiranya lebih banyak kes baharu dicatatkan. Dan warna sebenar yang tercatat di peta Surabaya adalah merah tua bukannya hitam.

Enam Daerah Indonesia Catat Status Zon Hitam, Kes COVID-19 Kini Hampir Cecah 30 Ribu
Sumber: Medcom

Di kawasan Jawa Timur, kes positif COVID-19 yang tercatat setakat ini adalah 5,549 kes dan 3,000 kes daripadanya adalah dari Surabaya. Manakala 37 daerah dan bandar lain di wilayah tersebut berada dalam kategori zon merah menjadikan kawasan Jawa Timur mencatatkan angka kedua tertinggi kes positif COVID-19 di Indonesia selepas Jakarta.

Keadaan ini menjadikan sesebuah kawasan tersebut boleh diisytiharkan sebagai darurat, itu kata ahli epidemiologi dari Universiti Griffith, Dicky Budiman apabila kes sudah melebihi 2,000.

Enam daerah termasuk Surabaya yang sudah diiktiraf sebagai zon hitam atau pun zon merah tua adalah Kelurahan Sunter Agung (Jakarta), Desa Pademangan Barat (Jakarta), Kabupaten Sidoarjo (Jawa Timur), Kota Depok (Jawa Barat) dan Kota Bekasi (Jawa Barat).

Menurut penjelasan daripada Profesor Fakulti Kesihatan Umum (FKM) Universiti Indonesia, Prof D Ascobat Gani terdapat beberapa petunjuk untuk menentukan status kawasan yang mempunyai kes COVID-19 yang sudah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antaranya tahap penularan, jumlah kes dan kepadatan penduduk.

Kes positif di Indonesia kini sudah pun melebihi 30,514 kes dengan kes kematian sudah 1,801 dan kes aktif sebanyak 18,806 dan kes sembuh sebanyak 9,907.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Harian MetroHarian Metro