Empat Hotel Tabung Haji Bakal Tutup Operasi?

Hotel Tabung Haji Tutup Operasi
Sumber: Tabung Haji

Tular surat Tabung Haji berkaitan penutupan empat hotel di bawah rangkaian anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Hotel & Residence Sdn. Bhd berkuatkuasa 1 April ini.

Menurut notis bertarikh 17 Februari, keputusan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan kerana tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga sudah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Hotel Tabung Haji Tutup Operasi

Hotel Tabung Haji Tutup Operasi

Penutupan operasi tersebut juga melibatkan pemberhentian kakitangan yang berlebihan dan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

Mengulas lanjut tentang penutupan operasi hotel itu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki percaya keputusan ia bukanlah kerana hotel-hotel tersebut rugi. Katanya, di dalam industri hotel, bukanlah luar biasa untuk syarikat pengurusan hotel berbeza dengan pemilik bangunan hotel dan meminta menteri yang berkaitan memberikan penjelasan sewajarnya.

Sehingga kini, portal media di sini tidak dapat mengesahkan ketulenan surat berkenaan dan sedang menghubungi pihak berkaitan untuk pengesahan.