
Elon Musk – Terkaya Di Dunia Tapi Hidup ‘Simple’, Hanya Menumpang Di Rumah Member
Ketika rakyat Malaysia sedang pening kepala memikirkan nilai mata wang yang jatuh teruk, siapa yang nak jadi Perdana Menteri lepas ni dan video lagu raya dari Datuk Seri Aliff Syukri, rakyat Indonesia pula dalam diam-diam mempelawa Elon Musk datang untuk buat bisnes di negara mereka.
Dengan muka ‘baru bangun tidur’ dan hanya memakai T-shirt hitam, kunjungan Elon Musk ke Indonesia ini jelas memperlihatkan betapa ‘simple’ dan ‘sempoi’ sebenarnya individu terkaya di dunia ini.
Tahukah anda, Elon Musk juga sebenarnya memang seorang manusia yang rajin dan gigih bekerja? Dia juga dikhabarkan lebih suka hidup ‘biasa-biasa’ tahap rakyat marhaen sahaja?
Kisah kehidupan Elon Musk ini didedahkan melalui satu perkongsian yang dibuat di Facebook Ammar Zahar Page berikut.
Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat semua.
Elon Musk yang merupakan CEO Tesla, SpaceX, dan pelabur bagi Solarcity dan Neuralink, bakal menjadi pemilik Twitter yang baru.
Elon membuat bidaan sebanyak $44 billion dollar kepada shareholder di Twitter untuk menjadi pemilik.
Orang kaya level Elon Musk ni macam selamba je dia withdraw duit gi beli company lain.
Duit dia memang banyak berbilion-bilion dollar tapi ramai orang tak tau..
✅ Elon Musk telah menjual semua rumah agam dia dan kini hidup menumpang dekat rumah member. Takde nya nak bina mahligai rumah banglo lengkap swimming pool 1 ummat boleh masuk.
✅ Kebanyakan masa dia dihabiskan dekat kilang Tesla dan SpaceX, bukan di shopping mall atau di mamak untuk mengeteh sembang kosong.
✅ Dia bekerja setiap hari dan sangat jarang gi bercuti. 7 hari seminggu kerja, kerja, kerja. Takde masa nak asyik travel Europe je kejenye.
✅ Ex-gf dia bernama Grimes bagitau Elon Musk hidup bawah kemiskinan walaupun dia terkaya di dunia. Masa dengan ex dia pun dia dok rumah harga bawah $40k.
✅ Start dari remaja lagi dia dah sibuk develop game dan bikin bisnes dia sendiri. Bukannya sibuk main basikal lajak serta mengorat budak kat Tinder.
Dengan habit belanja level marhaen, gigih bekerja setiap masa, menguasai skill aras tinggi serta berani ambik risiko, sesiapa pun boleh jadi kaya.
Even dah kaya pun, Elon Musk guna kekayaan dia invest lagi buat beli Twitter.
Dijangka akan datang aset dia boleh jadi berganda-ganda dan mencecah trilion.
Segala yang baik, walaupun orang tu bukan sealiran dengan kita wajar kita ambik jadi contoh.
Ambik yang baik-baik je la ya.
Mana tau kot tak dapat jadi orang paling kaya kat dunia ni, dapat jadi hartawan Islam yang banyak menderma pulak ke..
Amiinnn..
Sumber: Facebook Ammar Zahar Page