
Elon Musk Desak Tamatkan Perintah Berkurung Di Amerika Untuk Buka Operasi Kilang Tesla
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk baru-baru ini menerima kecaman hebat berikutan daripada kenyataan yang mendesak agar perintah berkurung di Amerika Syarikat ditamatkan.
BACA: Elon Musk Tawar Pelan Internet Paling Murah Dan Laju Ke Seluruh Dunia Menjelang 2020
Walaupun syarikat Tesla merekodkan keuntungan suku pertama di luar jangkaan berikutan pengeluaran dan penghantaran kereta yang lebih tinggi, kemudahan pengeluaran di Silicon Valley masih terhenti kerana tidak dibenarkan beroperasi sepanjang perintah berkurung dilaksanakan.
Menyifatkan tindakan perintah berkurung dan menangkap mereka yang mengingkarinya sebagai fasis, Elon berulang kali mengecam tindakan penutupan operasi dan perintah berkurung dengan menciap satu hantaran dengan kandungan bertulis ‘FREE AMERICA NOW‘.
FREE AMERICA NOW
— Elon Musk (@elonmusk) April 29, 2020
Saham keuntungan Tesla mencatatkan peningkatan mendadak selepas melaporkan keuntungan sebanyak USD16 juta berbanding kerugian USD702 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.

Bukan hanya Elon Musk, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro merupakan antara individu besar yang menentang pelaksanaan perintah berkurung dilaksanakan di negara mereka.
Turut sama turun padang menyertai demonstrasi, Jair memprotes arahan untuk kekal berada di rumah kerana merasakan perintah itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada ekonomi dan pendapatan negara.
Malah beliau secara keras mengkritik tindakan separa kuarantin yang diambil oleh gabenor negeri termasuklah di kawasan paling ramai penduduk iaitu Sao Paulo dan Rio de Janairo bagi menghentikan penularan jangkitan wabak pandemik berkenaan.
Sumber: The Verge