Ellie Suriati Gesa KKMM Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran YouTube

Ellie Suriati Gesa KKMM Kenakan Lesen Untuk Pemilik Saluran YouTube

Beberapa minggu lalu, kecoh tentang isu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mahu semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

BACA: Pengguna Media Sosial Bebas Muat Naik Video Tanpa Perlu Lesen FINAS

Bagaimanapun, kerajaan menukar semula kenyataan tersebut yang mana pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh FINAS.

Namun, bagi pelakon dan pengarah Ellie Suriati Omar menggesa KKMM untuk melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 1981 agar selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara penambaikan yang perlu disegerakan ialah dengan mengenakan lesen untuk pemilik salauran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan, menurut MalaysiaKini.

Katanya, akta tersebut perlu dirombak semula demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

Pengguna Media Sosial Bebas Muat Naik Video Tanpa Perlu Lesen FINAS

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” katanya.

Alasannya, jika tidak dikenakan lesen, ada dalam kalangan penggiat YouTube akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan peribadi.

Paling dikesali beliau, terdapat penggiat YouTube yang menggunakan kemudahan itu untuk mengkritik filem tempatan hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.

“Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40,” katanya.

Difahamkan, saranan berkenaan bukan untuk dikuatkuasakan ke atas pengguna Facebook mahupun TikTok kerana mereka dianggap pengguna home video.