
Ellen, BTS Antara Selebriti Didakwa Miliki Jumlah Pengikut Palsu Tertinggi
Berbicara tentang media sosial seperti Instagram dan Twitter, yang mana segelintir pengguna media sosial ini menggunakan platform media sosial sebagai hasil pendapatan.
Tidak hairanlah jika golongan muda memilih untuk menjadi seorang influencer sebagai kerjaya yang popular pada masa kini. Tidak kiralah peranan apa yang anda bawa sebagai influencer, yang penting anda memiliki ramai pengikut dan dari situ anda mampu menjana pendapatan sama ada berkolaborasi dengan jenama terkemuka atau ulasan berbayar.
Internet Control Message Protocol (ICMP) baru-baru ini mendedahkan terdapat 10 selebriti popular didapati mempunyai pengikut palsu tertinggi menerusi akaun Instagram dan Twitter dalam kategori showbiz.
Dalam sepuluh senarai tersebut, pengacara Hollywood Ellen DeGeneres mempunyai jumlah tertinggi pengikut palsu dengan 49% pengikut palsu di laman Instagram dan Twitter.

Manakala kumpulan K-Pop terkenal dunia dari Korea, BTS menduduki tempat kedua dengan 47% dan Kourtney Kardashian di tempat ketiga dengan 46%.
Berikut merupakan senarai 10 selebriti dengan pengikut palsu tertinggi:
1. Ellen DeGeneres (@theellenshow) – 49%
2. BTS (@bts.bighitofficial) – 47%
3. Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) – 46%
4. Taylor Swift (@taylorswift) – 46%
5. Ariana Grande (@arianagrande) – 46%
6. Deepika Padukone (@deepikapadukone) – 45%
7. Miley Cyrus (@mileycyrus) – 45%
8. Katy Perry (@katyperry) – 44%
9. Khloe Kardashian (@khloekardashian) – 43%
10. Priyanka Chopra (@priyankachopra) – 43%
ICMP menyenaraikan 99 selebriti kategori showbiz dan sukan yang ada pengikut palsu menggunakan aplikasi IG Audit. Anda boleh lihat senarai selebriti ini di sini.
Persoalannya, mengapa perlu ada pengikut palsu dan apa keperluannya?
Aplikasi MMspot ini memang sesuai sangatlah untuk generasi millenia.
MMspot – Platform Ganjaran Di Hujung Jari
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.